Advertisement

ATTENTION TO XKPMSI

Kick-off meeting for Alumni sudahpun bermula.
Bertempat di MARA Head Quarters. This pertubuhan akan officially register dan Zik harap kamu semua akan turut serta menjayakannya. Insyallah.

Mesyuarat Penubuhan Jawatankuasa Penaja Alumni IPM dan KPM.
21 JULAI 2008
10 pagi-1.00 petang.
Tempat: Bilik Mesyuarat Bunga Raya Tingkat 13, Ibu pejabat.

Pagi itu Zik ada kelas, dan Zik merupakan orang yang paling lewat hadir dalam meeting itu, hehe. Jadi dalam meeting itu beberapa perkara telah dibincangkan mengenai polisi pertubuhan Jawatankuasa Alumni. ZIk kira, penting juga perkara ini kerana tidak mahu pertubuhan ini terlalu simple dan dianggap remeh. Semua undang-undang perlu dipatuhi, disemak semula dan diedit mengikut kesesuaian semasa.

Mengenai Logo, Motto, dan Ahli Jawatankuasa telah ditubuhkan pada masa itu jua. Sambil itu juga ZIk jumpalah lecturer dari semua KPM seMalaysia. Tidak lupa juga yang Zik kenal Cik Hajjah Naimah pun ada datang juga merupakan wakil dari KPM Indera Mahkota. Ustaz Bielal dari Kpm Seri Iskandar turut hadir.

Jawatankuasa ini merupakan di peringkat Pusat. Manakala diperingkat cawangan nanti akan dipecahkan mengikut KPM masing-masing, kecuali KPM bongsu, Bandar seri Penawar dari Johor, belum dapat lagi ditubuhkan kerana belum ada lagi pelajar yang sudah habis belajar.

Zik sebagai ahli biasa diperingkat Pusat (Penaja) dan juga ahli diperingkat cawangan KPMSI. Diperingkat Cawangan KPMSI kalau Zik tidak silap, Syed merupakan Pengerusi, Timbalan ialah Ismail(kacang) , Setiausaha (Arfah) , Bendahari (Ridhuan Yb) dan Saiful ZIk tidak berapa ingat apa jawatan dia.

Pelbagai kemudahan akan kita dapat kelak.

Perkara penting!!
**Tidak perlu menjadi ahli comitte pun tidak mengapa.
**Yang penting menjadi ahli member pun boleh.
***The next meeting akan diadakan dalam masa terdekat.

Yang Zik tahu Yuran keahlian dalam rm20.00
Yuran tahunan rm10.00

Syarat-syarat:
Graduate KPM dengan Jayanya, itu sahaja.

Harapan ZIk:

Mudah sangat.....Jom join semua pelajar Xkpmsi...

Make it comes true! Insyallah...
ATTENTION TO XKPMSI ATTENTION TO XKPMSI Reviewed by Zikri Husaini on 8/07/2008 01:32:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.