Advertisement

Konvo UniKL Kali Ke 5, 2008.

ZIk the Jalanan Sepi, Dari kanan Izhan, Faizul, ZIk the Jalanan Sepi (mata yang sepet), Qayyum dan Paie.
Gambar diambil semasa rehearsel konvo UniKL kali ke 5.



1. Jadi, baru-baru ini. Zik the Jalanan Sepi dan juga Kumpulan Dainurii (team nasyid) telah pergi ke Majlis Konvo Unikl kali ke5. Jadi tujuannya ialah untuk membuat persembahan di luar dewan.

2. Tetapi malangnya, PA system yang kurang memuaskan dan juga masalah-masalah teknikal seperti mikrofon hanya ada satu dan juga kotmitmen dari ahli-ahli Dainurii itu sendiri, terlibat dengan Koir (Suara Group) dan ahli committe Konvo itu sendiri , dan masalah-masalah lain yang tidak dapat dielakkan.

3. Tapi sebelum itu juga, kami iaitu Zik, Faizul dan juga Qayyum telah mengalami peristiwa sebelum bergerak ke PICC (Putra International Convention Centre) panjang ceritanya. Sebenarnya, itu bukan yang menjadi isunya. Apa yang penting, ialah Master Plan dan juga kotmitmen dari ahli masing-masing.

4. Sebab itu Zik rasakan, perlunya persefahaman, komunikasi (paling penting) diantara ahli-ahli yang lain. Sempat juga melihat permandangan-permandangan yang boleh dikatakan indah. Tetapi apakan daya, Zik tidak mempunyai kamera untuk membuktikan perkara sebegini. Tidak mengapalah, Zik akan usahakan dapatkan(mengikut kemampuan).

5. Untuk kumpulan Dainurii ini, masih perlu bimbingan, tunjuk ajar, dari orang yang berpengalaman, dalam pada itu, hubungan diantara sesama kumpulan agar lebih memahami isi hati, supaya keserasian itu dapat kita kecapi. Insyallah.


Konvo UniKL Kali Ke 5, 2008. Konvo UniKL Kali Ke 5, 2008. Reviewed by Zikri Husaini on 8/17/2008 12:14:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.