Persediaan Bulan Puasa | Zikr The Jalanan Sepi Perantau

Isnin, 1 September 2008

Persediaan Bulan Puasa


Sempat lagi ambil gambar, ketika kerja. Nampak boss, baru tahu.


Kali ini punya isu ialah mengenai persediaan puasa. Yelah Zik kan kerja part time di UO Superstore. Sudah tentunya melihat ramai orang membeli belah. Kebanyakan mereka sudah membeli baju raya menjelang persiapan bulan Syawal.

Memandangkan kemungkinan masa puasa nanti tentunya sibuk untuk menguruskan perkara-perkara yang lain. Tengok-tengoklah gambar yang zik ambil ketika orang ramai membeli-belah di pasaraya UO.

Dalam pada itu juga, zik juga sedang memikirkan tempat untuk Latihan Industri (Implant training). Tidak pasti samada di Kampung, Muar JOhor ataupun di Kuala Lumpur ini.

Orang sudah mula membeli baju ketika ini. Persiapan menjelang bulan Syawal. Tidak mahu membeli ketika masa 2-3hari sebelum raya. Sesak dan sibuk.




Ini tempat, baju yang Zik kena lipat. Tidak berapa kemas. Minta maaflah tidak pernah lipat baju.



Nah inilah kesannya. Kalau malas nak melipat baju. Kesian .....kena lipat lagi. Susah jadi promoter nie.

Teruskan perjuangan!!.

Namun, sebagai nak perantauan, kita tidak boleh mudah putus asa, sebaliknya berjuang selagi masih boleh. Dikala ramadhan, terpaksa korbankan masa, dikala asiggnment yang banyak dan juga test. Doakan kejayaan Zik. Didunia dan akhirat.

0 comments: