Advertisement

TEKNOLOGI- RAHSIAKAN MAKLUMAT DIRI


Amaran Keselamatan
Awas!
Maklumat peribadi anda mungkin disalahgunakan
untuk kepentingan pihak tertentu

Kali ini punya isu memang penting, kerana bahaya kalau terlalu jujur dalam memberikan maklumat peribadi kita kepada orang-orang yang kita tidak kenali. Jadi be prepared!!.



Pengguna pakar, poket tak terbakar!

Semasa berurusan di internet, kita pastinya diminta dengan pelbagai soalan mengenai maklumat peribadi seperti nombor akaun, kad pengenalan, alamat dan sebagainya. Pastikan kita mempunyai ilmu serta maklumat secukupnya berkenaan selok-belok perdagangan di internet (e-niaga) jika sekiranya kita ingin berurus niaga di..internet...Sebelum memulakan atau melakukan apa- apa..transaksi..atas talian maya, kita perlu mempercayai..laman web atau blog tersebut.

Satu cara mudah adalah dengan menggunakan kaedah carian nama laman web tersebut di Google atau Yahoo. Jika hasil carian anda menunjukkan banyak pengguna yang tidak berpuas hati dengan peniaga atas talian tersebut, mungkin anda perlu lebih berhati-hati.
Pastikan laman atau blog peniaga tersebut ada menyatakan alamat dan nombor telefon sebenar perniagaan mereka. Melakukan siasatan awal secara sendiri adalah lebih baik untuk memastikan maklumat tersebut benar dan boleh dipercayai.

Pertama,
Anda lihat di ruang alamat di browser internet anda, huruf ‘s’ di https://, alamat tersebut merujuk kepada transaksi yang selamat dan boleh diyakini. Lihat juga logo ‘mangga’ ( di bahagian bawah, kanan browser anda (di sebelah ruang alamat untuk Internet Explorer versi 7). Ini menunjukkan transaksi anda mempunyai enkripsi. Untuk memastikan anda berada di laman web yang sah dan bukan laman web yang ditiru, klik kanan di mana-mana di laman tersebut dan pilih properties. Anda boleh melihat alamat dan maklumat sebenar laman tersebut jika laman tersebut mempunyai enkripsi. Siasat dan dapatkan ilmu kepenggunaan dari masa ke semasa.

Kedua,
Apabila anda mendapat SMS yang menyatakan anda pemenang cabutan bertuah, pelanggan bertuah atau mendapat hadiah-hadiah lumayan dan di luar jangkaan nilainya dan wang hadiah akan dimasukkan ke dalam akaun anda. Di mana, anda hanya perlu memberikan nombor akaun bank.

Awas serta berhati-hatilah!, buat pemeriksaan lanjut sebelum anda tertipu, jangan telalu ghairah untuk mendapat untung ataupun menjadi kaya dan terus memberikan nombor akaun, nama, alamat atau segala maklumat yang diminta kepada pihak yang tidak dikenali. Fikir-fikirkanlah, anda bekerja keras untuk mendapatkan wang, tak mungkin wang boleh bergolek ke riba anda dan sebegitu mudah dengan hanya satu cabutan yang dikatakan bertuah itu!

Pengguna Bijak, Pengguna Selamat!

Pengguna bijak sahajalah yang mampu menjadi pengguna yang selamat dan berkuasa. Semakin tinggi ilmu kita sebagai pengguna maka semakin bijak dan terlindung kita dari segala penipuan.


Laporkan segera kepada
talian utama di 1 800 886 600
atau boleh juga SMS ke 32255.


Bersama kita menjadi pengguna yang
bijak kerana `Kuasa Di tangan Anda’
Macam ayat Celcom "The power is your Hand"
TEKNOLOGI- RAHSIAKAN MAKLUMAT DIRI TEKNOLOGI- RAHSIAKAN MAKLUMAT DIRI Reviewed by Zikri Husaini on 8/04/2008 04:44:00 PTG Rating: 5

1 ulasan:

ronstudios a.k.a Abdul Hadi berkata...

salam..
zik, well done.. move to the new era of web blogging..nice action man!..
by the way, i thought you must have any kind of shout box just for someone drop the comments there..
huhuh..
(this comment supposed to be dropped in that box, but i just don't know where is the appropriate place..hehe)

another thing, as a beginner too, for me the headline is too big to be shown. You can just small it a bit and people for sure can read it clearly.

ok zikr, just keep up a good work!

salam muhibbah...

ronstudios
http://ronstudios.blogspot.com/

Dikuasakan oleh Blogger.