Advertisement

PENGUMUMAN/HEBAHAN (STUDENT UNIKL CITY CAMPUS SAHAJA!!!)

Pertandingan Nasyid UNIKL City Campus


Sebagai ahli kumpulan nasyid Dainurii dan organizer bagi pertandingan Nasyid yang akan diadakan dalam masa terdekat ini, Zik juga ingin membuat hebahan melalui laman blog ini.

Dainurii dan pihak Hal Ehwal Mahasiswa unikl(HEMs) akan menganjurkan pertandingan nasyid pada 22 dan 23 hb September ini untuk memberi peluang kepada mahasiswa dan mahasiswi bagi menunjukkan bakat masing-masing. Pertandingan ini akan menampilkan beberapa katogari. Antaranya adalah seperti berikut:

  • Solo( Lelaki dan Wanita)
  • Berkumpulan(Lelaki dan Wanita)

Syarat-syarat pertandingan adalah seperti yang tertera di bawah ini:

1) Lagu hendaklah kontemporari(moden/pop) atau irama padang pasir atau acapella
2) Berkumpulan tidak melebihi 5 orang
3) Pakaian hendaklah sopan

Untuk pendaftaran atau pertanyaan sila hubungi : Mus: 013-2228176 dan Qayyum: 017-9661207

Hadiah wang tunai,trofi dan sijil penyertaan menanti anda!!

Pejelasan Zik:

1. Disebalik pertandingan ini, sebenarnya zik berpendapat ingin memartabatkan Industri Nasyid yang zik rasa semakin pudar dikalangan golongan remaja. Penyertaan didalam Akademi Fantasia, Ganstarz , OIAM, dan sebagainya ini manfaatnya ke arah yang lebih negatif zik kira. Jadi sebagai, penasyid lah kan, Zik memberi peringatan untuk diri sendiri agar dapat meneruskan perjuangan dalam menempuh dugaan yang semakin getir.

2. Dalam pada itu juga, memantapkan lagi kumpulan nasyid di Malaysia, khususnya di UniKL sendiri sebagai pelapis masa hadapan. Ini tentunya, kerana selepas ini, zik akan berehat seketika selama satu semester, kerana menjalani Latihan Industri.

3. Semoga dapat sambutan yang hangat dari Mahasiswa-mahasiswa Unikl City Campus.


P/s: zik nak masuk juga, kategori solo, walaupun organizer. Hehe , over la tu.


PENGUMUMAN/HEBAHAN (STUDENT UNIKL CITY CAMPUS SAHAJA!!!) PENGUMUMAN/HEBAHAN (STUDENT UNIKL CITY CAMPUS SAHAJA!!!) Reviewed by Zikri Husaini on 9/14/2008 03:39:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.