Advertisement

Peringatan - Amalan Bulan Puasa

Peringatan - Amalan Bulan Puasa

Amalan Bulan Puasa perlu ditingkatkan.


Salam perjuangan. ZIk harap para pembaca dan seperjuangan rakan-rakan ku ini berada didalam yang sihat walafiat. Amin. Dalam sedar atau tidak sedar, sudah 10 ramadhan kita berpuasa, namun apa yang paling penting, perkara yang ingin Zik diutarakan ialah manfaat @amalan yang perlu kita perolehi sepanjang bulan ramadhan ini.

Jadi beberapa peringatan untuk anda semua dan diri saya sendiri agar bisa ingat kepada ALLAH selalu.

Rasulullah SAW telah menggariskan empat amalan utama yang digalakkan dalam bulan ini iaitu :

1) Melazimkan bacaan kalimah taiyibah

Dalam satu hadis, ada dinyatakan bahawa jika seseorang menyebut kalimah taiyibah iaitu

"Laa ilaha illallah" dengan seikhlas hati maka pintu syurga akan segera terbuka untuknya.

2)Beristighfar

Digalakkan juga beristighfar kerana Allah berjanji akan memberi kita jalan keluar dari kesukaran dan membebaskan dari kesedihan. malah insyaAllah akan memperolehi rezeki dari sumber yang tidak pernah disangkakan.

3)Memohon memasuki jannah

Doa yang boleh diamalkan untuk memohon agar ditempatkan di dalam syurga:

"Allahhumma as'alukal jannata wa z'izubika minarnnar"

4)Berlindung dengan-Nya daripada neraka Jahannam

Jadi semoga, kita semua mendapat keredhaan dari pada ALLAH. Amin
Peringatan - Amalan Bulan Puasa Peringatan - Amalan Bulan Puasa Reviewed by Zikri Husaini on 9/10/2008 04:54:00 PTG Rating: 5

1 ulasan:

cpy/pst berkata...

thanks for the tips~..

it helped alot..^^..

Dikuasakan oleh Blogger.