Politik-Najib lancar laman web peribadi - www.1malaysia.com.my | Zikr The Jalanan Sepi Perantau

Khamis, 18 September 2008

Politik-Najib lancar laman web peribadi - www.1malaysia.com.my

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini melancarkan laman web peribadinya www.1Malaysia.com.my.

Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pejabat Timbalan Perdana Menteri hari ini berkata laman web itu diharapkan dapat menyediakan satu forum bagi semua rakyat Malaysia untuk bertukar pandangan mengenai isu-isu penting yang dihadapi mereka di samping menggalakkan pencapaian matlamat bersama dan mengetengahkan kepelbagaian unik negara.

Najib dalam kenyataan itu berkata beliau merasa bimbang melihat ada pihak-pihak tertentu yang berusaha merenggangkan hubungan antara komuniti dalam negara bagi tujuan politik serta kepentingan peribadi, dan www.1Malaysia.com.my diharapkan dapat menjadi portal di mana anggota masyarakat boleh terbabit secara terus dalam dialog yang terbuka dan ikhlas, secara terus dengan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri.

"Saya tidak percaya kepada politik menipu, memecahbelahkan dan perintah. Usaha untuk kembali kepada kepercayaan yang lama dipegang dalam perpaduan serta saling menghormati dilihat bertambah penting ketika ini," katanya.

Beliau berkata laman web itu adalah buat semua rakyat Malaysia, dan beliau menggalakkan mereka yang bergantung kepada internet untuk mendapatkan maklumat, serta berkomunikasi, dan juga seluruh komuniti, untuk turut serta dalam perbincangan nanti.

"Semasa saya berusaha membaiki kemahiran, saya akan memerlukan input dan respons anda bagi membolehkan saya tahu pendapat anda mengenai perkembangan laman web ini.

Pandangan komuniti online semakin menggambarkan apa yang penting buat rakyat Malaysia dan saya amat berminat untuk mendapatkan perspektif itu."

"Saya berharap laman web ini akan mencetuskan satu dialog yang terbuka dan penting, menerokai identiti Malaysia, matlamat sert hala tuju. Sebagai seorang bapa kepada dua remaja, saya juga sudah biasa dengan perdebatan hangat dan juga perselisihan pendapat."

"Marilah teruskan hubungan seumpama sebuah keluarga yang besar ini. Mari amalkan rasa saling menghormati dan jadikan persefahaman sebagai matlamat utama dalam interaksi," katanya.

Najib seterusnya menggalakkan orang ramai untuk menyertai beliau dalam menentukan matlamat Malaysia dan peranan yang perlu dimainkan oleh rakyat Malaysia di masa hadapan.

"Setiap dari kita, walaupun berbeza, berkongsi satu impian untuk hari esok yang lebih baik.

Setiap kita mahukan peluang, rasa hormat, setiakawan dan sefahaman. Setiap kita dengan cara yang unik, adalah rakyat Malaysia. Bersama kita adalah Satu Malaysia. Saya harap kita akan dapat teruskan perbincangan ini," kata Najib.

Najib turut menggalakkan semua rakyat Malaysia menyertai dialog ini, dan mendapatkan perspektif sesama rakyat, dan menyediakan maklum balas terus mengenai cara bagaimana kerajaan dapat lebih menghormati sepenuhnya lagi masyarakat Malaysia. / Bernama


Datuk Seri Najib Tun Razak
Penjelasan zik:

1. Pertama sekali tahniah ingin Zik diucapkan kepada TPM kita, Datuk Seri Najib Tun Razak mencari alternatif yang lebih mudah untuk meneruskan perjuangan beliau yang semakin mencabar. Namun dizaman yang serba canggih ini, agak terlambat beliau menerbitkan laman web resminya berbanding dengan pembangkang anwaribrahimblog.com, dan rakan-rakan seperjuangan yang lain chedet.com, melancarkan laman web rasminya, mahupun blog persendirian.

2. Tetapi, pelbagai kesan baik dan buruk, akan ada dalam ruangan komen kepada TPM , dalam versi english mahupun bahasa kebangsaan kita, Bahasa Melayu.

3. Sudah tentunya, yang tidak suka bulat-bulat kepada TPM akan "menghentam" atau spam. Lain pula bagi golongan yang profesional akan memberi respon's yang cukup positif, secara ilmiah.

4. Persoalannya, adakah semua komen itu akan diambil kira, analisis, dan diterima baik?? Fikirkan??

Penutup, semoga dapat mewarnakan dunia politik, dalam meningkatkan mutu kerja, kepada semua komentar yang inginkan pemimpin mereka telus, jujur dan amanah.

P/s: bila zik nak jadi pemimpin-pemimpin yang digeruni???


2 comments:

Muhammad Nazeef berkata...

1. aku rase approach najib ni bagus..tapi macam ko kater ader pro and cons dia.

2. dia da tuka portfolio. dia skarang menteri kewangan. tak lama lagi jadi pm. dan tak lama lagi, bom c4 kita makin laris~

3.aku rase la (walaupun tak visit lagi page dia), website dia tuh hanya ntuk membuktikan dia ni 'berjiwa rakyat'...

tq for the post....jakg aku gi surf sana~

th3_luraz berkata...

salam..

1) persoalan yer.. ada kah web nie kan jd seperti web warkah untuk PM (http://www.warkahuntukpm.com.my)..

2)agak2 sape yg akan menulis dlm web nie.. ada kah DPM sendrik atau org laen..

3)teruskan perjuangan sbg pemimpin yg digeruni.. :)