Sambutan hari raya Aidiladha di Kampung Baru | Zikr The Jalanan Sepi Perantau

Selasa, 9 Disember 2008

Sambutan hari raya Aidiladha di Kampung Baru

Salam perjuangan. Zik tidak dapat untuk menceritakan bagaimana korban di kampung zik, Muar Johor. Yelah zik kena kerja juga pada hari cuti. Nak buat macam mana dah perantauan namanya. Beberapa keping gambar zik sempat ambil sebelum pergi kerja. Layan.



Ahli jawatankuasa MAsjid kampung baru sedang sibuk menguruskan ibadah korban yang sedang dijalankan.


Diantara lembu-lembu yang bakal menjadi korban. Hum...(si lembu berkata dalam hati, belum giliran aku, makan dulu).


Hah, tarik bang, jangan tak tarik. Zik tolong juga la, tolong tengok je. Hehe.


Sedang menyiapkan untuk menimbang dan membahagikan kepada penduduk kampung baru. Zik tak dapat ker? Pi la kerja sana. Dah lambat tue.

P/S:Selamat hari raya aidiladha. Semoga tahun depan Zik dapat balik kampung sama-sama mengerjakan ibadah korban setahun sekali.

0 comments: