Virus H1N1 yang semakin mebimbangkan! | Zikr The Jalanan Sepi Perantau

Selasa, 23 Jun 2009

Virus H1N1 yang semakin mebimbangkan!


Virus H1N1 , semakin membimbangkan negara kita, Malaysia.



Hampir 50 lebih virus H1N1 ini mula menular dinegara kita, walaupun tiada kematian dilaporkan. Tetapi tetap merbahaya.


Sebelum ini, zik ada juga memberikan gambaran mengenai Virus yang telah melanda satu dunia ini. Tetapi apa yang ingin disampaikan ini. Seolah-olah tiada kesedaran sivik dari mana-mana pihak yang bertanggungjawab (lu pikir la sendiri) ataupun pihak yang sengaja mencari nahas.

Mana tak bimbang, kalau di negara kita dah hampir 50 lebih kes dilaporkan, dan juga 2 sekolah dah istihar tutup selama seminggu. Ini menjadikan ekonomi negara kita akan terjejas (fuh macam pakar ekonomi lah pulak). Zik akui ,kerajaan telah berusaha dengan 10 langkah pencegahan Virus H1N1 yang dijalankan dinegara kita iaitu :-

  • 1- Wajib isytihar status kesihatan
  • 2- Majlis Keselamatan Negara diberi mandat mengambil tindakan wajar
  • 3- Penjarakkan sosial
  • 4- Pemeriksaan kesihatan dan suhu badan penumpang dalam pesawat
  • 5- Topeng muka dan pelalian influenza bermusim dibekalkan
  • 6- Tingkat kebersihan tandas awam
  • 7- Kempen media
  • 8- Hadkan pelawat di hospital
  • 9- Anggota barisan hadapan menjaga kebersihan diri
  • 10- Sebar maklumat kepada pejabat kedutaan




  • MUHYIDDIN dan Liow menunjukkan risalah kempen kebersihan bagi menangani H1N1 pada sidang media di bangunan Parlimen, semalam.

    Sumber: - http://www.bharian.com.my/Friday/BeritaUtama/20090618231854/Article/index_html

    Oleh wartawan:- Anwar Hussin, Nazura Ngah, Fatin Hafizah Mohd Shahar dan Khairul Azran Hussin bhnews@bharian.com.my

    Oleh yang demikian zik ada juga beberapa tips (yang agak relevan) untuk kita cegah sebelum berlakunya perkara yang tidak diingini berlaku. Tak mahu negara kit diistihar Darurat.



    Kata orang, mencegah lebih baik dari mengubati.


    1. Jangan makan babi. (ahh sudah, tak boleh nak bayar hutang dekat Ah Long)
    2. Jangan kawan dengan orang yang makan babi. ( macam ne nak beli barang kat kedai Edaran Tan Chong Motor?).
    3. Amalkan basuh tangan dengan sabun setiap aktiviti yang kita lakukan. (dengan kerap, kalau kita kerap ambil wudhuk, insyallah.)
    4. Amalkan sunnah Rasullullah S.A.W. (banyak kaifiatnya, subhanallah).
    5. Amalkan gaya hidup yang sihat. (ini apa pulak nie?).
    6. Berdoa kepada ALLAH moga dijauhkan dari penyakit yang tidak diingini.
    7. Tawakal. (the last part).


    Amboi senang hati nampak terbang? Nak kena nie.


    P/s: semoga kita terhindar dari penyakit yang tidak diigini. Insyallah.

    0 comments:

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...