Nilai kepimpinan kita terhakis? | Zikr The Jalanan Sepi Perantau

Ahad, 22 November 2009

Nilai kepimpinan kita terhakis?


Bakal pemimpin yang sedang memikirkan masa depan!


Andakah anda setuju dengan tajuk diatas?

Zik sangat setuju, ini kerana zik sendiri juga menghadapi masalah untuk berani kehadapan, tetapi tidak bererti zik penakut untuk menyuarakan pendapat dan juga bersuara untuk menyatakan pendirian dan hak. Politik di negara kita sebenarnya sudah mencapai tahap yang tenat, kerana masing-masing tidak mahu mengalah, bertikam lidah, mengadu-domba dan juga kempimpinan yang lemah disebabkan akhlak kita sendiri yang tidak disenangi oleh orang sekeliling kita.

Berikut adalah elemen yang zik rasa penting.


1) Amanah- menjalankan tanggungjawab dan mengotakan janji merupakan elemen yang sangat penting untuk kita pikul dan akan dipersoalkan diakhirat kelak. (rasuah, harga nilai diri).

2) Berani- menyatakan , lantang dan tegas dalam membuat keputusan yang telah dicapai.

3) Disiplin- mempunyai disiplin yang tinggi, menepati masa, sabar, tidak mudah melenting. kental gitu.

4) Rajin - ia merupakan suatu perkara yang memang perlu ada. Jangan malas jer, bila depan media/ orang buat-buat rajin. Bila dah nak dekat pilihanraya, baru nampak muka. (hypocrite)

5) Setia- Kesetiaan kepada pemerintah, selagi tidak bercanggah dengan ajaran islam dan tidak menjadi pembelot.



Perlulah mereka mengembalikan nilai-nilai kepimpinan ini sebelum segalanya berakhir tanpa penyelesaian.

Mereka semua perlulah berganding bahu, dan bukannya seperti sekarang. Mereka sepatutnya memahami apa kehendak dan apa yang patut serta tidak patut.

Fungsi kepimpinan ini tidak semestinya seimbang pada semua pemimpin kerana ada di antaranya sangat dominan dalam diri seseorang pemimpin. Kita boleh memberi skala ataupun penilaian sama ada cemerlang, sederhana dan tidak berkesan kepada mana-mana ketua atau pemimpin bagi menilai tahap kejayaan kepimpinannya.

Apa yang penting disebut disini ialah kepimpinan yang berbagai corak ini di Malaysia sekarang secara umumnya bertelingkah antara satu sama lain. Adalah suatu kenyataan yang tepat apabila dikatakan bahawa krisis yang dihadapi oleh umat Islam di Malaysia sekarang bukan berpunca daripada penerimaan atau penolakan terhadap Islam sebagai dasar hidup, tetapi lebih kepada krisis kepimpinan.



Adalah menjadi tanggungjawab umat Islam yang insaf di Malaysia sekarang untuk mencari jalan kearah persefahaman diantara corak-corak kepimpinan yang ada ini.



P/s: Adakah anda tergolong didalam elemen-elemen ini? Fikir-fikirkanlah.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...