Advertisement

Anda peminat Novel?



Fakta;- JK Rowling merupakan penulis asal  novel ciptaannya 'harry potter' yang menjadi kegilaan pembaca diseluruh dunia. 

Tetapi, lain pula ceritanya mengenai  Novel karya di Negara kita sebenarnya dilihat semakin "tepu" dari segi pasarannya.


 

 Pengenalan:-

Ya, memang diakui. Zik diantara yang kurang membaca apatah lagi meminati untuk membaca buku-buku yang berbentuk Novel. Apatah lagi baca buku-buku berbentuk motivasi dan juga ebook (macam mana nak maju?)




Penulis-penulis Novel:-

Sebenarnya terlalu ramai penulis novel yang ada pada genre abad ini. Secara online pun ada, tetapi sejarah novel , siapa tahu?.


Diantara penulis-penulis novel yang terkenal di Mata kita antaranya ialah Ahadiat akashah. Di antara novel-novel yang termasuk dalam senarai 56 buah novel yang telah dihasilkan ialah 'Awek Cun' , Balak Cun' , Cinderella 98' , Dilemma Salina' , KL-London' , Profesional dan SNow White 96'. Novel-novel Ahadiat banyak berkisar tentang persoalan cinta, tapi berkaitan dengan realiti kehidupan. The Malaysia Book Of Records telah mengiktiraf pencapaian ini. 




Diantara nama-nama penulis novel yang lain seperti tumbuh cendwan lepas hujan.



Dunia Ini Sederahan Kecil - Bahruddin Bekri.
Ini Suatu Cerita - Faizal Dzasrik.
Sepasang Mata Itu - Farihah Iskandar.
Bergaduh & Menari - Alif Firdaus Azis.
Biarkan Ia Terbang - Norehan Mohamad.
Amnesiac - Aziff Retzal.
Tak Bisa Memilihmu - Ain Maisarah.
Ombak rindu - fauziah Ashari
Cinta Pertama - Norhayati Berahim
Manisnya cinta - Anis ayuni
Bunga Syurga - Anita Aruszi
Seharum Kasih - aina emir
Andai itu takdirnya - Siti Rosmizah
Selamat Tinggal sayang - Ma lee chuswan
Seribu kali sayang - anis ayuni
Sehangat Asmara - Aisya sofea

Dan banyak lagi.. belum campur yang otai-otai tuh! Anwar Ridhwan, Muhammad Haji Salleh, dan Abdullah Hussein penulis karya picisan seperti Kuala Lumpur Kita Punya. 


Ilmu :-

Apabila sikap ini disokong oleh DBP (dewan bahasa dan pustaka) sendiri dengan
menganjurkan seminar tentang novel popular ini, maka kita akan dapat menjangkakan perubahan paradigma yang disebut-sebut selama ini akan berlaku di kalangan para sarjana dan pengkritik sastera untuk “mempopularkan” ilmu supaya akhirnya masyarakat akan membaca buku “ilmu” seperti mereka membaca novel-novel popular.

Adakah ledakan novel popular ini mencerminkan perkembangan positif dalam konsep ilmu yang benar, atau sebaliknya? Pertanyaan ini barangkali tidak diperlukan, tetapi penting untuk mengawal hawa nafsu para sarjana dalam kerja-kerja akademik mereka, untuk memastikan apa yang disogokkan kepada kita tidak menghayutkan.

Tetapi sumbangan paling besar para sasterawan novel popular ini ialah dalam merendahkan nilai estetik ke taraf masyarakat yang paling tumpul akalnya, untuk dapat menikmati hiburan yang masih mentah, yang nantinya (dengan bantuan para sarjana) akan menajamkan pemerhatian mereka kepada soal-soal remeh yang sebenarnya penting dalam kehidupan moden yang hedonistik ini.



"Fetishism” baru ini menjadi suatu perkembangan baru yang sekali imbas mungkin mengejutkan, tetapi sebenarnya bercerita lantang tentang kekosongan jiwa budak-budak muda yang tidak saja memuja Mawi, tetapi menjadikan buku-buku itu dan para penulisnya semacam “sastera Mawi-mawian” yang menyenangkan.



Menarik minat:-

Berasaskan pengalaman Amerika ini, karya popular Malaysia harus diutamakan daripada karya serius dalam kajian teks untuk menarik minat mahasiswa membaca, di samping mempermudah kerja pensyarah sastera. Dalam dunia global sekarang, semua perkara boleh terjadi. Kini tidak saja tidak ada sempadan dari segi fizikal, tetapi sempadan dari segi nilai dan sikap juga tidak lagi diperlukan. Semuanya boleh diterima dan perlu diterima untuk memastikan kemajuan berfikir manusia moden tidak tersekat.



Perkara yang menimbulkan masalah ialah dari segi panggilan. Apa maksudnya “novel popular” atau “karya popular”? Adakah karya popular itu karya bermutu? Dalam keadaan pengetahuan kita yang agak kabur waktu ini, nama “karya popular” itu membawa maksud nilai sasteranya dan nilai moralnya diragukan.



 Novel, Ayat-ayat cinta begitu laris dipasaran, berikutan dengan kemunculan dalam versi filem mendapat tempat dimata pembaca novel.


Tetapi ini tidak bermakna karya popular tidak bermutu, malah terdapat sarjana yang mengatakan ada juga karya popular yang jauh lebih bermutu daripada karya Sasterawan Negara sendiri (sayangnya judul dan penulis karya itu tidak disebut, demikian juga nama Sasterawan Negara itu). Jika andaian ini benar, wajarlah DBP, dengan bantuan ahli akademik yang gemarkan karya popular, bersama-sama mengasuh penulis popular ini untuk dijadikan Sasterawan Negara satu hari nanti.

Penutup :-

Bukan sesuatu yang mudah untuk kita menjadi penulis novel ini. Perlunya ada ilmu yang cukup, bukan kerana duit semata-mata, tetapi kerana kepuasan pembaca novel itu sendiri. Anda peminat novel? Apa yangmenyebabkan anda gemar di mambaca novel ini? Kongsikan pengalaman anda.

P/s: Zik melancarkan kempen membaca lah pula!

Dijemput ke laman ini, untuk membeli buku novel secara online.



Anda peminat Novel? Anda peminat Novel? Reviewed by Zikri Husaini on 12/28/2009 02:53:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.