Advertisement

Kebanjiran Program Realiti.







 Akademi Fantasia yang menjadi kegilaan orang ramai sebagai pentas untuk mencari makan dalam industri dunia hiburan.

Dewasa ini, negara kita tidak terkecuali dengan kebanjiran program realiti program. Zik pun no komen. Tetapi mufti ada membuat teguran kepada badan-badan berkewajipan yang biasanya akan menganjurkan program realiti.



Tetapi apalah sangat kuasa orang kuat agama pada hari ini, di Malaysia. Bagai menuang air di daun keladi.

Dr. Mohd Asri(mantan Mufti perlis) pernah berkata, program realiti televisyen berbentuk hiburan jelas boleh membawa kealpaan kepada masyarakat dan jika tidak dibendung atau dikawal segera, boleh membawa kesan buruk kepada negara.

Oleh yang demikian, program realiti televisyen yang sentiasa mengheret masyarakat, terutama generasi muda hanyut dalam keseronokan, akan menghalang hasrat murni kerajaan untuk melahirkan rakyat berakhlak dan bernilai murni, katanya.

Bahasa dan budaya.

Program realiti bukan sahaja melibatkan soal bahasa tetapi soal budaya yang menukar nilai-nilai kehidupan. Kita bimbang apabila khalayak menganggap perkara yang tidak benar sebagai realiti. Untuk membetulkan keadaan bukanlah satu kerja mudah kerana ia memerlukan masa yang panjang.

Walaupun ramai yang tidak bersetuju dengan kajian Reader™s Digest yang merujuk Kuala Lumpur sebagai bandar raya ketiga paling biadap di dunia, terdapat beberapa fakta yang tidak boleh ditolak termasuklah implikasi daripada media. Misalnya, tindakan mengucapkan terima kasih, membawa kereta dengan berhemah dan menjaga kebersihan tandas adalah antara budaya Barat yang wajar dicontohi kerana nilai-nilai tersebut masih lagi kurang di kalangan penduduk kota metropolitan di Malaysia.

Kita perlu mengakui bahawa penerbitan dan penyiaran program realiti sedikit sebanyak membentuk peribadi individu. Contoh paling mudah ialah orang-orang muda yang sememangnya mempunyai sikap agresif.

Remaja kalau terlalu banyak disumbat dengan budaya program realiti sama ada dari dalam atau luar negara akan menerima kesan langsung berdasarkan kepada Teori Peluru Ajaib. Dalam konteks media, AF memberi banyak implikasi kepada remaja secara tidak langsung dan tanpa kita sedari.














Lambakan program realiti tv yang menular di negara ini seharusnya difikir-fikirkan sewajarnya, bukan keuntunggan semata-mata.


Program realiti hiburan boleh menjejaskan interaksi dalam keluarga dan masyarakat kerana kebiasaannya ia disiarkan pada waktu utama sedangkan hubungan keluarga semakin terhad. Sebahagian masa dan sumber keluarga digunakan untuk membicarakan perkara yang remeh dan kurang memberi tumpuan kepada aspek penting dalam kehidupan.



Kebanjiran Program Realiti. Kebanjiran Program Realiti. Reviewed by Zikri Husaini on 12/09/2009 10:56:00 PG Rating: 5

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Program realiti
banyak memberi kepentingan kepada musuh2 islam diluar sana.AF sebenar mahu musnahkan orang melayu beragama islam.hentikan program reliti ini.tak penting langsung.

Zikri Husaini berkata...

betul juga. terima kasih diatas komen ini.

Tanpa Nama berkata...

Pekerjaan sia-sia dianggap mulia.. tanda dunia sudah sampai ke akhirnya..

Dikuasakan oleh Blogger.