Advertisement

Kisah Benar :- Menyentuh perasaan dan emosi (siap sedia tisu ). Jejak kasih!


 Kalau dalam bahasa English " Chistian The Lion"

Salam semua. Kali ini punya tajuk memang betul-betul menyentuh perasaan dan emosi.

Singa jantan diberi nama Chistian. 

Sinopsisnya lebih kurang la  (apa yang zik paham)  :-

Kalau nak diikutkan cerita ini dah lama. Kiranya baru tahun lepas (entahla bila) dah jadi perbualan diseluruh dunia.



Cetritanya begini.Pada tahun 1969, dua orang kawan, Ace Berg dan John Rendall dari negara Australia, membeli seekor anak singa yang masih kecil. Pada masa itu, Kristian berat dia lebih kurang 35 paun. Dia telah dilahirkan dalam sebuah zoo. So, diaorang tuh bela Si Kristian ini dalam rumah di London mereka.

So, jadinya diaorang nie, bela dengan penuh kasih sayang. Kalau tengok kat video memang manja gila, siap tidor sama sekali tuh.


Dalam tempoh setahun, Kristian bertambah terlalu besar, Rendall dan Berg menyedari mereka tidak boleh menyimpan dia lebih panjang. Jadinya meraka berdua ini, memutuskan mengeluarkan Christian kembali ke tampat yang lebih kawasan terpencil. Kristian dilepaskan ke dalam satu sistem pemuliharaan Afrika.

Pada 1974, kira beberapa tahun yang lalu,  Rendall dan Berg memutuskan melawat si Chistian tempat di lepaskan Si Chistian nie.  Walaupun satu pengisahan kawan mereka bahawa ia adalah terlalu berbahaya kerana Kristian mungkin tak ingat lagi.(kang kena baham pulak!).

Dua orang kawan pun  terbang ke Kenya, bagaimanapun. Bila mereka akhirnya tiba di tanah simpanan, Kristian datang untuk satu kejutan yang sangat bermakna bagi dua orang shabat ini. (sila tengok di video bawah ini).

Tak lupa juga, dia (Si christian) juga membawa pasangannya (bini dia)  untuk bertemu rakan-rakannya dan ada anak dah berapa ekor ntah? 




Korang layan Video tuh!



Dan yang ini ending dia :- lebih kurang je




Moral of the story:-

Bintang pun ada perasaan rindu juga. Walaupun dia haiwan yang paling ganas, tetapi dengan kasih sayang yang diberikan, tak dapat digambarkan macam mana hebat kuasa ALLAH.

Kalau kita teringat orang yang kita sayang, apa lagi cepat-cepat call/sms. Sementara dia masih ada lagi dan bernafas. 

P/s :menangis gakla tengok video tuh.


Kisah Benar :- Menyentuh perasaan dan emosi (siap sedia tisu ). Jejak kasih! Kisah Benar :- Menyentuh perasaan dan emosi (siap sedia tisu ). Jejak kasih! Reviewed by Zikri Husaini on 12/26/2009 06:53:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.