Pening! | Zikr The Jalanan Sepi Perantau

Sabtu, 12 Disember 2009

Pening!





Pening aku duit takda nak kahwin.


Salam semua.

Dalam mencari idea nak post blog nie pun pening Zik memikirkannya. Jadi untuk kali ini ialah perihal pening.

Pengenalan:-

Mungkin dijelaskan sebagai tidak stabil atau rasa hendak pitam. Dalam keadaan normal,
keseimbangan deria dikawal oleh isyarat otak yang menerima isyarat dari beberapa lokasi,
mata, saraf sensori dan telinga. Keseimbangan yang terbaik bergantung kepada sekurangkurangnya dua dari tiga sistem yang sensori berfungsi dengan baik. Sebagai contoh, tutup mata semasa berdiri, tidak bermakna anda hilang keseimbangan. Isyarat dari telinga tengah dan saraf sensori membantu anda tegak.

Walau bagaimanapun, jika sistem saraf pusat tidak boleh memperoses isyarat dari semua
lokasi atau sistem sensori tidak berfungsi sepenuhnya atau mesej bercanggah, anda mungkin
hilang keseimbangan. Kebanyakan pening akan berakhir dengan cepat tetapi ia mungkin
gejala keadaan yang lebih teruk.


Sebab

Penyebab pening adalah:

1. Vertigo- perasaan berpusing pusing atau rasa persekitaran anda bergerak
o Gangguan telinga tengah (vestibular neuronitis akut atau labyrinthitis)
o Sekali sekala ,benign vertigo berkaitan dengan perubahan kedudukan.
o Mastoiditis (radangan pada mastoid)
o Kurang aliran darah ke telinga tengah akibat atherosclerosis (plak lemak
dalam salur darah) terutama pesakit Diabetis Mellitus (Kencing manis),
Hypertension ( Darah tinggi) dan Hypercholestrolaemia (berlebihan kolestrol
dalam darah)

2. Sakit kepala yang ringan
o Gangguan telinga dalam
o Gangguan kerisauan seperti serangan panik, agoraphobia ( perasaan gerun
melintasi tempat lapang)
o Hyperventilation (pernafasan cepat)
o Hilang cecair badan contoh peluh berlebihan.
o Perubahan tekanan darah disebabkan oleh ubatan seperti ubat darah tinggi,
ubat diuretic dan ubat kemurungan.
o Keadaan medikal seperti diabetes dan penyakit Parkinson.
o Anaemia

3. Muntah-muntah

o Loya dan muntah apabila menaiki kereta, kapal terbang, bot atau kapal.
Tanda & Gejala
• Perasaan persekitaran berpusing atau bergerak (vertigo)
• Hilang keseimbangan
• Loya
• Tidak stabil
• Sakit kepala sedikit
• Pitam
• Lemah
• Letih lesu
• Sukar memberi tumpuan
• Pandangan kabur selepas menggerakkan kepala dengan cepat
• Perasaan penuh dalam telinga, berdengung atau berdesing dalam telinga dan kadang
kala hilang pendengaran .

Komplikasi

Walaupun pening selalunya sedikit, jumpalah doktor jika anda pening berpanjangan dan
diikuti dengan gejala berikut:
• Sakit kepala bertambah.
• Pandangan kabur.
• Hilang pendengaran.
• Gangguan pertuturan.
• Lemah pada kaki dan tangan.
• Hilang tahap kesedaran.
• Jatuh atau sukar berjalan.
• Kebas atau rasa menyucuk.
• Sakit dada atau sedar denyutan jantung cepat.


Pening menyebabkan risiko tinggi untuk jatuh dan membawa kecederaan kepada
anda. Jika berlaku semasa membawa kereta atau mengendalikan jentera berat boleh
menyebabkan kemalangan.


Rawatan

Rawatan bergantung kepada penyebab.


1. Benign paroxysmal positional vertigo (BPPV).
2. Keadaan telinga dalam.
o Senaman latih semua keseimbangan (vestibular rehabilitation) digunakan
untuk merawat "acute vestibular neuronitis or labyrinthitis".
3. Penyakit Meniere's
o Kurangkan retensi cecair melalui ubatan diuretik (buang cecair badan) atau
perubahan makanan contoh kurangkan garam dalam makanan)
o Pembedahan mungkin diperlukan
4. Migrain Vestibular
o Elak sesetengah makanan
o Kurangkan tekanan perasaan
o Tetapkan corak tidur
o Doktor mungkin preskripsikan ubat untuk migrain dan vertigo
5. Gangguan kerisauan (Anxiety disorders)
o Kaunseling
o Ubat .Anti-anxiety mungkin dipreskripsikan


Jika anda mengalami pening:

• Elak membawa kereta atau kendalikan jentera berat jika kerap pening. • Elak dadah, alkohol atau merokok. • Pencahayaan yang terang jika turun dari katil pada waktu malam. • Berhati hati kemungkinan anda hilang keseimbangan. • Elak mengubah kedudukan dengan cepat. • Elak terlalu mengerakkan kepala (terutama melihat ke atas) • Elak terdedah kepada keadaan ketegangan atau kerisauan atau perkara yang merangsangkan pening. termasuk sebarang alahan.

8 comments:

mr coklat berkata...

salam zik.. info yg baik.. sukran.. baru taw.. kire cnfirm fakta ni betul?? so amik tnpa segan silu.. hehe..

Darkk berkata...

Wah. Sangat berinfomatif.

:)

Zikr the Jalanan Sepi Perantau berkata...

betul lah nie..hehe

Aqeedah Mumtazah berkata...

Kadang-kadang pening pon berpunca dr cara pemakanan dan kurang bersenam...kurangkan makanan berkolestrol..kerana terlebih kolestrol membuatkan seseorg itu pening pitam lesu dsbg. Bykkan amalan bersenam, beriadah seperti berjoging / main futsal ke..kerana apabila kita berpeluh kita telah mengeluarkan bhn kumuhan/toksin dr dlm badan. Badan jadi lebih sihat otak pon cerdas maka tidak wujud rasa pening...memandang seperti pokok-pokok hijau boleh merehatkan mata sbg salah satu utk mengurangkan pening..

Tanx for the best info

Zikr the Jalanan Sepi Perantau berkata...

aqeedah mumtazah:- wah betul jugak tuh..lama dah tak bersenam nie..

nurain berkata...

penah dengar tak yang pendengaran ada kena mngena jugak dengan mata.contohnya, orang rabun yang tak pakai spek akan krang pendengarannya~

dya berkata...

never heard of such thing... orang rabun akan kurang pendengaran

but have u ever heard someone who lost eyesight can even has a better listening skills. Its because the nerve is used just for the ears.

Zikr the Jalanan Sepi Perantau berkata...

dya, nurain

:- tak pernah dengarlah pulak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...