Advertisement

'Contest Oh Kunci! by Arieza'



Oh kunci....

Kunci ibarat satu amanah ...
yang meyimpan sejuta rahsia......
sama ada baik atau pun sebaliknya....
Kunci dijadikan sebagai satu perjalanan hidup...

Mencari kunci kejayaan yang diredhai ALLAH...

Dewasa ini, aku hanyut... kerana kunci ku sudah hilang...
Kunci aku sudah hilang dari tujuan sebenar...
Yang ada hanya kunci-kunci kemaksiatan..



Segalanya perlukan kunci..
Tetapi tak semua kunci itu benar-benar berguna untuk aku ...
Aku kian alpa dalam arus duniawi...
Mencari kunci yang sebenar...
Aku tersasar jauh dari misi dan visi utama aku....

Kunci yang memberikan aku erti perjuangan,
telah hilang entah kemana? 
Perjuangan aku masih lagi jauh........

Ya ALLAH kau berikanlah kekuatan kepada aku..
untuk meneruskan perjuangan ini,
Aku yang sepi ini, masih merantau, mencari kunci kebenaran yang hakiki..
Cabaran sebagai umat terakhir nabi Muhammad S.A.W benar-benar menguji ku...
Aku sedari, aku insafi, iman aku benar-benar lemah...

Duhai kunci yang hakiki, kini aku sedar, aku tersasar jauh dari matlamat asal ku,
aku tandus dalam  rimba duniawi...
Adakah aku masih lagi ada masa untuk aku bertaubat?
Adakah masih ada lagi ruang untuk aku pulang ke jalan yang benar??


>>> Jom Join Contest Oh Kunci! by Arieza!


'Contest Oh Kunci! by Arieza' 'Contest Oh Kunci! by Arieza' Reviewed by Zikri Husaini on 1/17/2010 11:20:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.