Advertisement

Fenomena Facebook.

Facebook menjadi suatu perbualan hampir setiap hari,  diseluruh dunia
Salam semua, memang diakui. Perkataan "facebook" menjadi suatu perbualan hangat yang mengubungkan dunia maya secara global tanpa sekatan. Facebook dilihat sebagai fenomena/tsunami yang baru selepas myspace dan friendster.

Tidak kurang juga dengan itu, facebook telah menyebabkan beberapa kekecohan dari segi sudut negative yang berlaku disebabkan oleh FB juga.

Namun begitu, dari segi sudut positif, FB sebenarnya meransang/menjana ekonomi dalam bidang maya diseluruh dunia. Tetapi harus digunakan dengan sebijaksana yang mungkin.

Kebaikan FB.
  1. Dapat mencari kawan baru dan kawan lama yang terpisah sejak dari sekolah, universiti. 
  2. Menerima respons dengan sangat pantas, menerima maklumat dengan terkini.
  3. Mempromosikan barang atau servis di facebook secara berbayar atau tidak. 
  4. Hebahan maklumat yang begitu mudah, sistematik dan efektif.
  5. Jimat kos (daftar percuma), business secara online.
  6. dan sebagainya...
Keburukan FB.
  1.  Jenayah cyber yang tidak disangka-sangka (terbaru, dengan FB menyebabkan kecurian di rumah, hasil dari update status,hanya cakap pergi keluar rumah).
  2. Masalah sosial ( menunjuk gambar-gambar sosial yang keterlaluan, skandal dan sebagainya).
  3. Applikasi games yang terlalu banyak sehingga mengundang kelalaian, best-best lak tuh. Contohnya mafia wars, farmville, poker dan sebagainya.( boleh dibendung jika beringat, dan
  4. Permusuhan, pergaduhan, salah faham dari sebab update status itu sendiri. (kutuk mengutuk). 
  5. Prestasi kerja/akademik merudum (bergantung).
  6. Digunakan sebagai senjata untuk mengugut seseorang/individu yang tidak disukai. 
  7. dan sebagainya... kalau ada idea lain, boleh tambah di ruangan komen.


Panduan menggunakan FB. 
1. Jangan terlalu emosi, apabila menukar status.
2. Jangan masukkan isu-isu perkauman/agama.(jaga tutur kata).
3.Pastikan maklumat-maklumat yang hendak dimasukkan dalam FB jangan terlalu details untuk orang lain boleh menyalahgunakannya.
4. Lagi bagus kita masukkan unsur-unsur dakwah untuk mengingatkan diri sendiri dan kawan-kawan yang lain.
5. Buang/kurangkan penggunaan applikasi yang ada di FB. Gunakan jika ia benar-benar membantu dalam kehidupan seharian kita.










 Kesimpulan:-
Pokok pangkalnya ialah diri kita sendiri, bagaimana kita memanfaatkan penggunaan FB ini. Gunakan secara bijak dan jangan buat sesuatu yang boleh mendatangkan keburukan kepada diri sendiri. Tepuk dada tanya iman. !!

Fenomena Facebook. Fenomena Facebook. Reviewed by Zikri Husaini on 2/19/2010 05:48:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.