Hukum orang Islam menyambut Valentine Day!! | Zikr The Jalanan Sepi Perantau

Jumaat, 12 Februari 2010

Hukum orang Islam menyambut Valentine Day!!

Sekadar gambar hiasan.


Pengenalan:-

Salam semua, kita sedia maklum bahawa apabila genapnya 14 haribulan febuari. setiap tahun,ia merupakan satu tarikh yang ditunggu-tunggu oleh orang-orang muda seperti zik dan anda yang masih berdarah muda. 

Rata-ratanya umat kita sudah tahu, sejarah dari tarikh tersebut dan juga hukum menyambutnya. Tetapi dewasa ini, peringatan yang diwar-warkan dari mufti, khutbah jumaat, sedikit peranan dari media massa, masih lagi ramai yang menyambut "Hari kekasih" yang dianggap suatu hari yang istimewa berbanding hari-hari Islam yang cukup indah dan bermakna.




Hukum menyambut Hari Kekasih:- 

Hukum menyambut Valentine’s Day adalah DILARANG dan DITEGAH oleh Islam. Ini adalah kerana perayaan tersebut mengandungi unsur-unsur ritual dan kepercayaan agama Kristian. Sesungguhnya Allah itu tuhan yang maha penerima taubat. Bersegeralah bertaubat kepada-Nya.


Yang menjadi, persoalannya, kenapa hal ini masih berlaku. Mengakui peranan media yang begitu rapuh dalam erti kata yang lain menyokong perayaan seperti ini, dengan mengadakan pertandingan, cerita dan juga iklan mengenai hari valentine day ini.


Kesimpulan:- 

Bukan untuk menuding jari, tapi rasanya tanggungjawab diri ini perlu dipersalahkan juga, kerana cabaran sebagai Umat terakhir Nabi Muhammad S.A.W sangat begitu mencabar. Sebagai khalifah Allah yang mempunyai kalimah Syahadah, ingin menyeru kepada umat islam supaya janganlah kita terikut-ikut dengan budaya yang tidak sihat ini. 

Semoga kita ingat-mengingati antara-satu sama lain.



0 comments: