Sajak : Nasib sebuah buku | Zikr The Jalanan Sepi Perantau

Selasa, 23 Februari 2010

Sajak : Nasib sebuah buku

http://farm1.static.flickr.com/187/398144161_1111bdfd66.jpg


Salam semua. Disini Zik ada mengarang sajak untuk entry kali ini. Mintak maaflah kalau ada salah tulis dari segi penggunaan bahasa, metafora dan sebagainya .Marah cikgu Bahasa Malaysia. Hehe.


Nasib sebuah Buku..

Semalam dan hari ini, aku melihat engkau sendirian.
Engkau tidak digunakan lagi, oleh orang ramai,
Kerana ada sumber lain yang lebih disukai ramai,
orang lebih gemar membaca majalah, gossip-gossip artis terkini,
hiburan semata-mata.



Engkau dilihat sebagai karya yang lapuk ditelan usia.
Mungkinkah kerana orang lebih suka kepada visualisasi?,
mungkin kerana engkau terlalu mahal untuk dibeli?
mungkinkah kerana engkau lebih sesuai disimpan di muzium...


Duhai buku,
Aku lupa, bahawa dengan adanya engkau..
aku telah dikenali diseluruh dunia.
dengan engkau aku menjadi seseorang yang bekerjaya,
dengan engkau aku menjadi kaya raya...
dengan engkau aku jadi 

Duhai buku..
Aku tahu, nilai dan darjat mu sangatlah tinggi..
tapi kenapa hari ini.. ada orang yang menyalahgunakan engkau
memutarbelitkan fakta kepada auta.


Moral dari sajak,
Amalkan budaya membaca, jangan asik baca dengan majalah, blog-blog dengan gossip sana-gossip sini. Ilmu yang kita dapat tuh boleh kita kongsikan bersama. Insyallah.


1 comments:

zikrie berkata...

x) setakat ni org yg bernama zikri yg zikrie jumpa mmg terbaik..x)

ok ape sajak ni..x)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...