Tips nak bagi suara sedap. | Zikr The Jalanan Sepi Perantau

Khamis, 8 April 2010

Tips nak bagi suara sedap.


Ok kali ini nak bagi tips macam mana nak kasi sedap suara. Bukan senang sebenarnya kalau nak maintain,(kekalkan) suara kita yang dah bagus dari segi suaranya. Tetapi yang takda bakat nie, sebenarnya boleh nak improve, menambah baik , kalau kita betul-betul berminat dalam bidang suara nie.


1. Banyak meminum air suam atau air mineral.

2. Boleh juga selalu memakan makanan yang mengandungi kandungan air yang tinggi seperti buah-buahan. Antaranya epal, tembikai dan seumpamanya.

3. Elakkan meminum minuman berais dan bergas.

4. Elakkan atau mengurangkan pengambilan minuman yang berkafien seperti kopi dan teh. Jika anda penggemar teh, boleh meminum teh pudina sebagai ganti. 

5. Begitu juga dengan coklat. Kalau boleh kurangkan pengambilannya sama ada coklat untuk dimakan mahupun minuman yang mengandungi coklat.


6. Mengamalkan meminum madu asli setiap pagi.

7. Mengamalkan minum air asam jawa buatan sendiri.
8. Kurangkan memakan makanan bergoreng atau berminyak.

9. Tidak merokok.


Baiklah, sekarang akan kongsikan satu petua untuk mendapatkan suara yang merdu atau sedap. Caranya begini;


1. Anda sediakan dua biji limau nipis.

2. Kemudian belahkan kepada empat bahagian.

3. Perahkan limau nipis tersebut ke dalam cawan.

4. Seterusnya tambahkan sedikit kapur dan sedikit garam ke dalam cawan tadi.

5. Lepas itu, tambahkan pula satu sudu makan madu asli.

6. Kacau kesemua bahan tadi dan minumlah sampai habis.

Anda boleh mengamalkan meminum campuran bahan-bahan di atas seminggu sekali. Jika diizinkan-Nya, suara anda akan lebih sedap. Selain itu, petua di atas ni dapat menjaga, memelihara serta mengekalkan kemerduan suara anda


0 comments: