Kenapa aku suka duduk dikampung. | Zikr The Jalanan Sepi Perantau

Khamis, 24 Jun 2010

Kenapa aku suka duduk dikampung.


Salam sejahtera anda semua. Semoga anda dalam keadaan yang sihat sejahtera. 
Kenapa zik tulis tajuk kampung nie. Yela , mentang-mentang ada dekat kampung lagi, so kenalah buat entry mengenai kampung. Hehe 

Apa yang best tinggal di kampung?? 

Sudah tentu, zik akan memilih untuk tinggal dikampung 

Aman damai.

Tinggal di kampung lebih baik daripada tinggal di bandar. Di kampung banyak keaslian dan kecantikan alam semula jadi yang tidak terdapat di bandar.
 
Bila melihat pemandangan pokok-pokok yang banyak menghijau, burung-burung berkicauan dan sungai-sungai yang jernih airnya. Di kampung suasananya aman dan damai. Udaranya bersih dan nyaman , jauh daripada pencemaran udara. Oleh itu tinggal di kampung lebih sihat daripada tinggal di bandar.


Save budget, jimat duit. 

Tinggal di kampung memang boleh menjimatkan wang. Takda nak fikir pasal duit tol, duit parking, duit kena pergi bayar masuk toilet, dan macam-macam bayaran la!! Kita juga boleh menanam dan makan sayur-sayuran yang segar.

Hidup bermasyarakat. 
Orang-orang di kampung hidup tolong-menolong , bergotong-royong dan bertegur-sapa di antara satu sama lain. Dengan ini hidup lebih bermakna dan dapat menghindarkan diri dari pengaruh-pengaruh yang boleh merosakkan dan menjatuhkan moral.

Dekat dengan keluarga. 

Masa inilah untuk kita berbakti kepada kedua orang ibu-bapa kita. Melihat pun dah dapat pahala, apatah lagi kita mendoakannya dan menolong.


P/s: fuh macam karangan lah pulak zik tulis nie. Sabar jela. 


0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...