Advertisement

pendapat anda mengenai artikel ini??

Imam muda tak layak pimpin solat, jurunikah’
2010/06/15

SAYA rasa semua pihak sudah maklum mengenai rancangan yang disiarkan pihak Astro di saluran Oasis iaitu program realiti TV pencarian Imam Muda.

Tidak dinafikan program seperti ini memberi banyak peluang kepada anak muda menunjuk bakat mereka tetapi saya juga beranggapan pihak Astro janganlah mengambil kesempatan ke atas senario ini tanpa memikirkan impaknya.

Agama bukanlah satu perkara yang boleh diperlekehkan. Ia tidak seharusnya menjadi bahan untuk mengaut keuntungan bagi sesetengah pihak. Ia sepatutnya dipelajari dengan penuh sifat ketakwaan bukan dengan niat untuk memenangi hadiah.


Satu daripada hadiah yang bakal diterima oleh juara pertandingan ini adalah sebuah kereta bernilai RM150,000, lumayan sekali. Selain itu, pemenang akan menjawat jawatan imam di masjid utama di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Senangnya hendak menjadi imam sekarang ini, sedangkan perkataan iman itu sendiri membawa maksud yang amat dalam dan bukan calang-calang orang boleh digelar imam. Macam manalah agaknya nasib imam muda ini pada masa depan jika ada imam yang lebih layak menyandang jawatan itu.

Peserta Imam Muda ini mestilah berusia antara 18 hingga 27 tahun. Ternyata di sini apa yang saya nampak, golongan remaja yang bakal menjadi imam muda ini tidak sesuai untuk memimpin jemaah ketika solat, menikahkan pasangan yang bakal menjadi suami isteri malah lebih besar tanggungjawab yang bakal mereka kendalikan di kalangan masyarakat kita ini.

Jika seseorang itu berjaya menjadi imam muda, adakah secara tidak langsung ia akan mula menimbulkan perasaan riak dan takbur di dalam dirinya? Bagaimana imam yang berjiwa seperti ini mampu untuk membimbing makmumnya?
Saya rasa perkara ini tidak harus diambil sambil lewa dan tidak wajar dipermain-mainkan.

AHMAD NIZAM HASHIM,
Ampang, Selangor.

Apa pendapat anda mengenai post ini, 
sumber dari berita harian.com. 
pendapat anda mengenai artikel ini?? pendapat anda mengenai artikel ini?? Reviewed by Zikri Husaini on 6/30/2010 06:04:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.