Advertisement

Mengukur produktiviti anda

Salam sejahtera buat anda semua. Mengukur produktiviti memerlukan masa untuk difikirkan jika belum lagi ditentukna oleh matlamat tertentu, contohnya jika kita bekerja, matlamatnya ialah target sales, pengiraan masa atau ukuran lain yang ditentutkan oleh orang lain. 

Adakah kita mengukur  dengan pekerjaan yang sudah diselesaikan atau mengukur  dengan pekerjaan kita?Secara kasarnya/teori anda mungkin anda rasakan yang hasil sesuatu pekerjaan adalah tanggungjawab bahagian lain tidak ada kena mengena dengan anda. 

Menggunakan kedua-dua ukuran tersebut satu idea yang baik. Walaupun sesuatu hasil itu datang daripada orang lain, produktiviti tidak bermakna tanpa mengambil kira hasil itu. 

Produktiviti mikro dan mikro.

Kedua-dua produktiviti ini sangat penting dan sangat berkait rapat diantara satu sama lain. 

Makro

Matlamat produktiviti makro patut ditentukan setiap minggu, bulan dan tahun. Jika matlamat-matlamat itu ditentukan oleh orang lain, anda boleh mengunakannya sebagai matlamat produktiviti. Atau anda boleh menentukannya sendiri. Kita sebenarnya boleh menentukannya sendiri walaupun orang lain sudah menentunkannya untuk kita. Walau dengan cara apa sekali pun, anda perlu memberi teumpuan terhadap produktiviti kerana produktiviti bukanlah sesuatu yang akan terjadi dengan sendirinya. 

Mikro

Matlamat produktiviti mikro sepatutnya menunjukkan hasilnya dalam produktiviti makro anda. Jika anda tidak pernah terfikir tentang produktiviti dengan cara ini, mulakannlah sekarang. Pastikan anda merekod kesemua matlamat produktiviti yang telah ditentukan bersama hasilnya. Fail-fail ini adalah senjata yang amat berguna semasa semakan persembahan(perbentangan) anda. 

Sumber dari, Buku pengurusan masa lebih berkesan dalam 21 hari, Angela Booth.
Mengukur produktiviti anda Mengukur produktiviti anda Reviewed by Zikri Husaini on 7/27/2010 08:43:00 PG Rating: 5

6 ulasan:

etomyam berkata...

mantap ni, nak kena fokus kedua-duanya

Pelangi cinta berkata...

kerja kena tumpukan pada satu dlu baru blh bt pkra yang lain heee

Syifa Alshah (wutwut) berkata...

oh men! sy tak paham lah zik! -_-"

Zikri Husaini berkata...

etomyam.. powernya

suri... erm betul tuh..

elmo.. ini untuk yang lebih kepada yang bekerja.. mereka lebih paham..

Em Jay berkata...

Luar topik sket,

bila blog wordpress nak up semula bro? :)

Nas berkata...

tinggi gak bende nie..susah nak paham...walaupun aku nie blaja dlm bidang pengurusan...hehehehehe....

Dikuasakan oleh Blogger.