Advertisement

Berita Sukan terkini, memerlukan kesabaran!

Menulis dalam berita sukan terkini perlukan kesabaran dan keikhlasan. 
Apa-apa dalam perjuangan dalam menitik beratkan sukan tempatan dan juga sukan luar negara, kita sebagai penulis blog, ataupun sebagai wartawan yang tak berbayar, kadang-kala memerlukan kesabaran dalam menyampaikan berita yang ingin dikongsikan bersama. 

Hal ini kerana, berita sukan terkini bukan untuk mendapat nama semata-mata, namun ialah memberi kepuasan yang maksimum kepada pembaca. Janganlah memikirkan tentang traffic semata-mata, namun kejujuran dalam menulis dan juga memberi maklumat yang benar diperlukan untuk dikongsikan bersama-sama, walaupun keputusannya sangat perit, jangan memasukkan unsur emosi yang ada dalam diri kita ini. 

Apa yang harus kita terima dalam perjuangan menulis ini, kita memerlukan kesabaran menerima komen yang negatif dari pembaca, kadang-kala disebabkan keputusan perlawanan badminton contohnya yang mengecewakan peminat sukan tanahniar, menyebabkan pembaca hilang sabar dan mula mencarut di blognya itu. 

Perkara asas dalam penulisan ini ialah kita perlu belajar untuk menerima kritikan dan sentiasa bersedia menerima tentangan dan jangan mudah berputus asa. Majulah sukan untuk negara. Sekian dari meja sukan, berita sukan terkini

Berita Sukan terkini, memerlukan kesabaran! Berita Sukan terkini, memerlukan kesabaran! Reviewed by Zikri Husaini on 12/07/2010 03:40:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.