Advertisement

Apa itu BLog?? Kenapa orang sudah mula menulis???


Kali ini Zik nak bincang apa sebenarnya Blog ni? Biasanya diaorang buat apa dengan Blog nie? Macam-macam perkara nak dibincangkan. Tapi perkara asas dalam blog ini ialah, Blog merupakan ringkasan dari perkataan asalnya, web log. Ia mirip kepada diari harian atau jurnal online yang mengandungi cetusan rasa, pendapat peribadi, perkongsian maklumat atau dalam apa sahaja bentuk penulisan. Blog biasanya sentiasa dikemaskini setiap hari atau setiap masa mengikut kemahuan pemiliknya. Tapi macam Zik nie tidak berapa rajin nak menaip setiap hari, apa isu-isu panas, penting dan juga komen sesuatu majlis macam dalam suratkhabar harian. Maunya boleh jadi wartawan terus tue....hehe.

Untuk pengetahuan semua, sebenarnya Blog ini telah pun lama bertapak di internet sebagai satu medium untuk seseorang individu atau organisasi itu untuk memaparkan penulisan yang berkisar tentang kisah hidup, luahan rasa, berita, catatan perjalanan/pengembaraan, mempromosikan produk/servis, resume dan seterusnya untuk suka-suka.Macam Zik nie maunya campur aduk cerita dok peribadi, pasal Business pun ada.

Kalau korang semua nak buat blog, terdapat dua cara iaitu menghasilkannya sendiri(memerlukan kepakaran dalam bidang membuat web dan php programming) atau menggunakan khidmat blog provider secara percuma(lebih mudah dan tidak memerlukan kepakaran dalam bidang membuat web dan php programming).

Dari komentar-komentar tadi biasanya Blog kemudian menjadi jendela yang memungkinkan kita ''mengintip'' isi kepala dan kehidupan sehari-hari dari penciptanya. Blog adalah cara mudah untuk mengenal kepribadian seseorangBlogger. Topik-topik apa yang dia sukai dan tidak dia sukai, apa yang dia pikirkan terhadap link-link yang dia pilih, apa tanggapannya pada suatu isu. Seluruhnya biasanya tergambar jelas dari Blog-nya. Karena itu Blog bersifat sangat personal.

Kepada kawan-kawan, mulakanlah untuk menulis Blog, sebenarnya sangat mudah. Cuma memerlukan idea, dan juga isu yang rasakan perlu diketengahkan untuk dibahasakan dalam blog. Ayuh kita gempurkan suasana fenomena yang baru dialam siber yang semakin mencabar ini.



Apa itu BLog?? Kenapa orang sudah mula menulis??? Apa itu BLog?? Kenapa orang sudah mula menulis??? Reviewed by Zikri Husaini on 7/31/2008 10:30:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.