Advertisement

Mingguan Lelaki- Jom tengok secara online!!


Mingguan Lelaki


Salam. Zik pun tengah mencari idea yang baru untuk menulis blog untuk isu kali ini. Tak tahu kenapa?? Serabut sangat kot? oklah, kali ini punya pos nak cerita mengenai Mingguan Lelaki yang di usahakan oleh Pengarah popular negara kita ,Aziz M Osman. Layan jer. Kalau nak tengok secara online, ada dua cara iaitu di Gua.com.my atau pun dekat Youtube pergi search mingguan lelaki. Kalau nak tahu maklumat yang lebih lanjut. Apalagi pergi ke link tadi tuh.

Sinopsis:-

Fazren Rafi memegang watak Ilham, seorang ulat buku yang lurus bendul dan secara tidak disangka menyandang jawatan penulis di sebuah majalah lelaki picisan. Dalam kesibukannya membuat kajian dan menulis tentang isu-isu lelaki, Ilham juga bekerja keras untuk menyiapkan prototaip robotnya dengan hasrat untuk memenangi sebuah petandingan yang menawarkan RM100,000 sebagai hadiah utama.

Sementara itu, sahabat karibnya, Misha yang menyimpan perasaan terhadap dirinya terus memberikan galakan untuk Ilham mengecapi cita-citanya. Namun Ilham hilang tumpuan kerana mula tertarik dengan Farah, seorang penyanyi yang seksi dan menggoda. Kepolosan Ilham kemudian mengundang lebih banyak malapetaka dalam kehidupannya.


Diantara pelakon utama , siri Mingguan Lelaki yang disiarkan secara online.




Semasa dibelakang tabir nie. Apa diaorang bincang tak tahulah zik.



Diantara adegan-adegannya.




Jeles zik dibuatnya. Takper suatu hari nanti. ( lu pikir la sendiri!! )


Kenapa pulak si Farah tuh (memey). Muntah??? Opss terlebih sudah..


Dibawah ini kalau nak tengok dari episod yang ada. Layan...




Diharap kalian enjoy dengan cerita itu. Amik yang jernih , buang yang keruh...Opsss
Mingguan Lelaki- Jom tengok secara online!! Mingguan Lelaki- Jom tengok secara online!! Reviewed by Zikri Husaini on 6/17/2009 03:03:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.