Advertisement

Pelaburan-Beli saham ketika harga murah

Sumber dari :-
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=0720&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_12.htm

Beli saham ketika harga murah

JOHOR BAHRU - Orang ramai sepatutnya mengambil peluang dengan membeli saham-saham berharga murah di pasaran saham tempatan pada masa sekarang sebagai usaha mengaut keuntungan apabila pasaran kembali naik seiring dengan pemulihan ekonomi negara yang dijangkakan berlaku pada akhir tahun ini.

Timbalan Presiden Persatuan Perunding Unit Amanah Bumiputera Malaysia, Norizam Tukiman berkata, selain membeli saham, produk saham amanah juga boleh dijadikan pilihan kerana ia memiliki risiko yang rendah.

"Pelabur perlu bertindak segera kerana pasaran saham akan pulih tidak lama lagi dan ini dibuktikan oleh kajian yang dilaksanakan oleh pakar-pakar ekonomi terhadap keadaan ekonomi negara.

"Ekonomi negara Asia seperti China juga akan pulih lebih awal berbanding Eropah," katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini baru-baru ini.


P/s: ini udah tentunya memberi gambaran yang bagus untuk anda semua yang masih belum jelas, ataupun masih lagi tidak faham mengenai unit trust yang mana beberapa pendekatan yang positif harus diambil untuk memastikan pelan perancangan kewangan untuk hari tua, dan kegunaan masa hadapan yang kita tidak menjangkakan. Sekiranya ingin melabur, hubungi zikr

Pelaburan-Beli saham ketika harga murah Pelaburan-Beli saham ketika harga murah Reviewed by Zikri Husaini on 7/21/2009 12:24:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.