Advertisement

1,191 kes penipuan perbankan internet sehingga Jun lalu 2009


Satu isu yang tidak boleh dipandang remeh, kerana perbankan internet adalah transaksi yang mudah dan menjimatkan masa, tenaga dan wang. Walau bagaimanapun garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak bank seharusnya dipandang serius kerana ia melibatkan akaun pemegang, tidak kira jumlahnya adalah sedikit atau banyak.



KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,191 kes penipuan membabitkan wang berjumlah RM1 juta, dipindahkan melalui perbankan internet dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.


Jenayah yang tidak boleh dipandang ringan!

"BNM juga telah mengarahkan pelaksanaan penentusahan dua faktor bagi transaksi perbankan internet yang berisiko tinggi. "Penentusahan faktor pertama iaitu nama pengguna dan nombor PIN akan dilengkapi dengan penentusahan faktor kedua melalui penggunaan alat penentusahan tambahan seperti kod kebenaran transaksi yang diperoleh melalui khidmat pesanan ringkas (SMS), sijil digital, kad pintar atau token Universal Serial Bus (USB)," katanya.

Beliau berkata, institusi perbankan juga perlu memastikan infrastruktur sistemnya dilengkapi kawalan keselamatan bagi mengesan dan melaporkan sebarang transaksi perbankan yang mencurigakan.

"Institusi perbankan juga dikehendaki melaporkan sebarang kejadian penipuan dengan segera kepada BNM selain menjalankan program pendidikan dan kesedaran pelanggan secara berterusan mengenai keselamatan dan langkah berjaga-jaga terhadap penipuan perbankan elektronik ini," katanya. -Sumber Bernama

Sedikit tips untuk mengelakkan dari serangan penggodam computer:-

1. Apabila sudah login dan selesai, urusan bank, Jangan lupa logout.

2. Clear cache selepas logout.

3.
Jangan klik pada mana-mana pautan yang terdapat di dalam e-mel.

4. Jangan memuat turun perisian yang anda tidak pasti, dapatkan nasihat daripada mereka yang mempunyai kemahiran komputer.

5. Jangan hantar duit kepada mereka yang tidak dikenali walaupun anda terlalu yakin dengan mereka. Penipuan internet sangat berleluasa dan berkemungkinan apa yang disampaikan kepada anda adalah pembohongan semata-mata.

6. Cuba elakkan membeli barangan menerusi internet, terutamanya yang menawarkan harga yang tidak munasabah, berkemungkinan ia hanya satu penipuan.

7 Sekiranya anda pasti tidak berlaku apa yang dinyatakan di dalam sesuatu e-mel, maka ia mungkin satu penipuan.

8. Login ke laman perbankan internet melalui typing, jangan melalui email yang kita terima, lebih-lebih lagi dari spam folder.

9. Perbaharui / uptodate perisian pelayar laman web anda.

10. Gunakan OpenDNS yang menawarkan khidmat anti-phishing secara automatik.



1,191 kes penipuan perbankan internet sehingga Jun lalu 2009 1,191 kes penipuan perbankan internet sehingga Jun lalu 2009 Reviewed by Zikri Husaini on 12/09/2009 02:13:00 PTG Rating: 5

12 ulasan:

Sharinginfoz berkata...

thanks for info......

Tanpa Nama berkata...

uhuks!!!

mmg menakutkan...

tp alhmdlilah..

ak x pnah kene!

Zikri Husaini berkata...

itulah takut juga, bila buat transaction dekat cc...

niesz berkata...

da mcm2 da skang ni kan..nsib baik niesz ni bkn jenis yg cepat terpengaruh ngn bnda2 mcm ni..if x..mesti susah..

thanx 4 d information ye awak..

Arief Arf berkata...

kalau nak buat online banking,
JANGAN laaa guna kat cc..
gune pc rumah je..
kalau dah kat lua, baik lagi pegi atm je dari pgi cc..

hehe

X)

Zikri Husaini berkata...

hurm betul gak.. tapi masalahnya tak semua internet user nie,ada tenet kat umah...so reg la streamyx...tak pun potong2x...

Adam berkata...

masalahnya masih ada orang yang tak suka bertanya dan nak memandai2 sendiri tu masih wujud lagi .. bila dah kena KENCING baru lah mereka berani nak btanya... macam mana nak solve problem camni? dah bagi banyak peringatan dah ...

wanwma berkata...

bagus enrti ini..boleh menyedarkan ramai orang yang ambil ringan dengan perbankkan online..

Unknown berkata...

ok thanks for the info

enKHA berkata...

Transaksi online kena perlu berhati-hati..beringat sebelum kerugian..

Zikri Husaini berkata...

betul2...kalau dah terkena tuh, jangan diam jer.. report , tak mahu orang2 yang lain terkena tipu lagi.

samdaddycool berkata...

Satu je aku nak kata.. malaun ni kalau dah nama putar alam.. tak kira samada berpelajaran atau tak, semua nak sebat, halal haram tolak tepi.

p/s- bila hidup bertuhankan D.U.I.T inilah jadinya..

Dikuasakan oleh Blogger.