Advertisement

Apakah sumbangan kita untuk memelihara alam semulajadi kita?

Selamatkan bumi hijau kita !!

Sebenarnya sedar atau tidak sedar kita menyumbang kepada kemusnahan alam sekitar sekeliling kita. Adakah kita sedar??

Pengenalan:-





Ada banyak aspek penjagaan alam sekitar perlu diambil kira supaya ia dapat bertahan pada tahap terbaik. Dalam mengejar kemajuan, kita perlu menjaga perseimbangan dalam penggunaan setiap sumber. Bukit bukau, tanah, sungai, laut, udara, semuanya perlu dimanfaatkan tanpa menjejaskan kedudukan mereka.




 Aktiviti perkilangan, pembalakan dan seumpanya perlu dikawal dengan bijak dan tidak buang sisa toksik merata sahaja.

Secara individu, setiap ahli masyarakat boleh menyumbang kepada ketahanan alam sekitar dengan lebih berdisiplin dalam perkara asas menjaga kebersihan iaitu pembuangan sampah dan sisa. Ramai memandang ringan isu pembuangan sampah dan sisa menyebabkan ia menjadi punca utama pencemaran dan kerosakan alam sekitar.

Anehnya, minda kelas ketiga ini tidak semestinya berada pada ahli masyarakat berpendidikan atau berpendapatan rendah. Ada di kalangan kelas menengah dan atas tidak berdisiplin dalam urusan kebersihan. Perhatikan saja bagaimana mereka yang mampu memandu kereta mewah mencampak keluar sampah atau puntung rokok ketika memandu.

Ada juga orang sanggup membuang benda besar seperti perabot lama ke dalam sungai. Ini semua mereka lakukan tanpa rasa bersalah.

Mengurus sisa dan sampah adalah perkara besar dan perlu diberi perhatian bukan saja oleh individu, tetapi peniaga. Sehubungan itu, setiap organisasi perniagaan perlu mempunyai kesedaran mengenai tanggungjawab sosial mereka berkaitan alam sekitar.

Dalam konteks mengurus alam sekitar, Islam menegaskan supaya manusia tidak melakukan kerosakan kepada alam sekitar sebagaimana yang telah kita lihat kini, kerosakan alam sekitar yang dilakukan oleh tangan manusia seperti pembalakan, penarahan bukit dan sebagainya. Dalam hal ini Allah berfirman yang bermaksud:

Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut Dengan sebab apa Yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya Yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk Yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)” (al-Rum, 41)



Walau apa saja jenis perniagaan, tentu ada sisa dan sampah yang perlu dilupuskan. Perniagaan sektor perkilangan umpamanya mungkin mempunyai sisa memudaratkan kehidupan dalam bentuk gas, cecair atau pepejal.

Perniagaan bidang peruncitan juga mempunyai sisa dan sampah mereka sendiri. Kedai makanan umpamanya mempunyai banyak sisa organik yang boleh menjadi busuk dan menyebarkan kuman dan bakteria jika tidak dilupuskan dengan betul. Bengkel kereta pula mempunyai sisa membabitkan minyak dan perlu dibuang secara betul.

Bagi perniagaan yang menghasilkan sisa berbahaya kepada orang ramai, biasanya sudah ada undang-undang dan peraturan mengenai cara pelupusannya. Pelupusan secara teratur sudah tentu membabitkan kos. Malangnya, ada peniaga sanggup membahayakan orang ramai semata-mata kerana hendak menjimatkan kos operasi.

Penjagaan alam sekitar boleh dibantu oleh perniagaan bukan saja melalui pelupusan sisa dan sampah secara betul, tetapi dengan meneruskan usaha penyelidikan dan pembangunan untuk memperbaiki proses pengeluaran atau kaedah operasi.




Dalam kita bersusah hati mengapa isu pencemaran dan kerosakan alam sekitar masih berterusan walaupun semua orang tahu keburukannya, kita gembira melihat bilangan perniagaan berusaha memainkan peranan dalam penjagaan alam sekitar juga semakin bertambah.



 Umpama peribahasa, ‘sediakan payung sebelum hujan’ dan ‘mencegah lebih baik daripada mengubati’, langkah-langkah awal pencegahan atau meminimumkan kesannya adalah perlu supaya kejadian seperti itu tidak memburukkan imej pengurusan alam sekitar dan pembangunan negara.



 Contoh sumbangan yang boleh kita lakukan. 

Yang boleh kita sumbangkan dalam menjaga alam sekitar:-


1. Program seperti earth Hour.


           Program Earth Hour yang dilihat begitu berkesan.
                             
    Contohnya:- 1 lampu padam sejam, selaras 300 Megawatt, cukup untuk 900 buah kampung,
mengurangkan beban 200 juta bekalan elektrik, mengurangkan pengeluaran CO2 284 Ton, menyelamatkan 284 batang pokok, dan udara bersih untuk 568 orang!

2. Mula menggunakan barang-barang terepakai dari kertas (suratkhabar) daripada plastik untuk kertas untuk membungkus makanan atau barang. Menggunakan beg berunsurkan kertas , (tesco ada jual).

3 .Gunakan baju yang berunsurkan kapas, dari guna nylon.

4. Beli dan gunakan bateri yang boleh dicas semula berbanding bateri biasa terus buang bila dah habis bateri.

3.Elakkan menggunakan kenderaan, jika lokasi yang dituju adalah dekat (500M-1 KM). Gunakan basikal, ataupun jalan kaki.

2.Sekiranya sama satu tempat kerja, seeloknya berkongsi kenderaan. Setestunya dapat menggurangkan kesesakan lalu lintas (terutamanya di bandar-bandar).

3. Kebijaksaaan dalam membuat semua transaksi (bayar bil elektrik, internet, hutang kwsp dan sebagainya), boleh dilakukan secara maya (online). Sekaligus dapat mengurangkan kos tenaga, masa dan wang.

Penutup:-

Bersama-samalah kita selamatkan alam sekitar kita , untuk generasi sekarang dan akan datang. Masih belum terlambat lagi untuk kita memulihkan dan memulihara alam bumi hijau kita.

" Think globally but act locally"




Di alam rimba damai dirasa, segala-segalanya terlukis semua.

Sumber:-
http://www.punb.com.my/index.php?ch=bm_med&pg=bm_med_news&ac=143


Sekiranya anda mempunyai idea,  pandangan, untuk dilontarkan, silalah komen.

Apakah sumbangan kita untuk memelihara alam semulajadi kita? Apakah sumbangan kita untuk memelihara alam semulajadi kita? Reviewed by Zikri Husaini on 12/23/2009 01:24:00 PG Rating: 5

3 ulasan:

Noraselin Samsuri berkata...

tanam lebih banyak pokok.. joint kapten recycle team

daros kuneng berkata...

salam kembara bro..

awareness!!

awareness!!

awareness!!

mesti ada dalam diri semua orang..

terima kasih bro atas tanda sokongan ke arah keperihatinan nature environment..

ngee..

Zikri Husaini berkata...

angelosanora:- bagus jugak idea tuh..

ekopelancongan:- 10q... betul2.. awareness..

Dikuasakan oleh Blogger.