Advertisement

Kenapa orang melayu suka pelaburan SKIM CEPAT KAYA.


Salam semua. Apa yang ingin dibicarakan mengenai tajuk diatas, memang selalu sangat terjadi. Inilah mindset yang perlu kita ubah,


Kadang-kadang kesian tengok orang hilang simpanan depositnya beribu-ribu, hampir bertahun-tahun simpan, dan akhirnya lesap sekelip mata. Gara-gara terlalu ghairah dengan pujuk rayu dengan keuntungan yang dijanjikan berlipat kali ganda, oleh sesorang yang menawarkan skim cepat kaya bermanis mulut (tetapi hati jahat).









Sentiasa memantau dan membuat rujukan terlebih dahulu dari SKM

Menjadi punca utama ialah :-

1. Kurang pendedahan tentang baik buruknya pelaburan skim cepat kaya melalui Internet menyebabkan ramai rakyat melayu di Malaysia mudah terpengaruh dengan skim ini.

2. Selalu tertipu dengan pujuk rayu dengan ungkapan :-
1.Mudah,
2.Cepat,
3. Tak payah susah-susah.

Persoalannya, ada ke nak jadi kaya dengan tidak perlu bersusah payah? Ada ker?

2. Dan yang paling penting , orang melayu dikaitkan dengan ungkapan "MALAS MEMBACA..
MALAS BERFIKIR..MALAS BERTANYA…& FAKTOR YG PALING BESAR IALAH…MALAS BERUSAHA SECARA KONSISTEN (goyang kaki).


Apa yang penting , perlu kita membuat review, bertanya orang ramai , ataupun untuk lebih jelas tanya kepada yang pakar dalam bidang-bidang ini. Contohnya dari pihak bank sendiri untuk mengetahui kesahihan sesebuah pelaburan itu.

Kejayaan biasanya yang kita tengok untuk menjadi orang yang berjaya, semua yang berjaya melakukan usaha-usaha yang 300%. Mana ada goyang kaki je!. Percayalah.



** BUKAN SENANG NAK SENANG... DAN... BUKAN SUSAH NAK SUSAH **

Sekiranya ada idea, komen ntuk dilontarkan, jangan malu jangan segan. Kita bersama-sama berusaha untuk yang terbaik dan mencari pendapatan yan halal, insyallah.


Kenapa orang melayu suka pelaburan SKIM CEPAT KAYA. Kenapa  orang melayu suka pelaburan SKIM CEPAT KAYA. Reviewed by Zikri Husaini on 12/14/2009 02:56:00 PTG Rating: 5

13 ulasan:

hans berkata...

yups
manusia yg masuk skim cepat kaya tu sebab malas berusaha
member gua pun ada paksa2 tapi gua dah cakap macam yg ekau cakap tu
Bukan senang nak jadi senang dan bukan susah nak jadi susah
apa2pun thanks sudi singgah blog gua yer
rajin2 la singgah

Zikri Husaini berkata...

erm... itula masalahnya . beribu-ribu tuh.. suruh invest dalam unit trust@ asb, lagi bagus... adueww..

hans berkata...

tahu xper
simpan dkt ASB ku dah jadi kaya dah skrg
haha

++***hana zaty**++ berkata...

aah...
beto2...
bkn senang nk senang...
amik care mudahje diorng ni...

pk dunia cgt..huhu...

Piano_lover berkata...

i think that because most of them believe really got such things because they don't know what is "cheating"

and they wanna get rich fast

Unknown berkata...

nk dpt sesuatu kne usaha.kalu malas tu la jd nye..

**nice blog.thanks sudi singgah my blog. =)

Mus berkata...

Manusia dan wang tak dapat dipisahkan. Silap langkah.. gelap masa depan..

Hazzy Ishak berkata...

rezeki tak dapat bergolek. rezeki juga mmerlukan tanpa usaha yg berterusan...

Zikri Husaini berkata...

Betul, bukan dengan goyang kaki jer.

ajevoli berkata...

sebab bak kate Mantan PM Melayu Mudah Lupe...tak nak berusaha tapi nak kaya...last2 jadi mcm Mat Jenin..

jimie berkata...

betul akus etuju sangat...skunk ni macam2 mende program nk cepat kaya....sbb tu aku pun kurang berminat terhadap2 mende2 yg menjanjikan kita kaya dengan cepat...aku x percaya dgn sume tu..wlupun sistem yg mereka cipta boleh menghasilkan output begitu...sbb aku percaya kepada usaha yg keras bakal membuahkan hasil..baik buat bisnes2 yg betul2 nampak dengan jelas cam ade produk dan sebagainya...

meo berkata...

cuma loser je duk masuk skim cepat kaya nie

Zikri Husaini berkata...

betul2, loser!!

Dikuasakan oleh Blogger.