Advertisement

Khutbah Jumaat minggu ini.


Salam semua. Ingin membicarakan sedikit kupasan tajuk khutbah yang zik dengar hari ini. Tajuk yang dikupas oleh mimbar (masjid kampung baru) ialah Jahilillyah di zaman moden. Ada yang zik tak berapa nak ingat.

Apakah itu jahiliyyah?

Jahiliyyah ialah kegelapan iaitu dimana zaman yang mengamalkan konsep :

Konsep manusia dan masyarakat pada zaman jahiliyah. Manusia dibahagikan kepada beberapa kategori, iaitu
golongan merdeka dan hamba. Kaum wanita yang ditawan dijadikan gundik dan hamba yang boleh diperdagangkan seperti barangan.

• Masyarakat jahiliyah mengamalkan sistem kabilah dan ketua kabilah digelar syeikh.
• Asabiyah menjadikan tonggak perpaduan dalam kabilah
• Kehidupan masyarakat Arab jahiliyah dari segi:



Politik. Sistem politik Arab Jahiliyah berasaskan sistem kabilah, tidak ada kerajaan yang kukuh pada
zaman itu
Ekonomi. Masyarakat Arab jahiliyah menjalankan aktiviti perniagaan mengikut sistem pertukaran barangan dan jarang sekali menggunakan mata wang. Barangan yang diniagakan seperti buah kurma, kulit binatang dan patung. Ada juga yang menjalankan aktiviti pertanian dan pertukangan, tetapi bilangannya kecil
Sosial. Masyarakat jahiliyah pada amnya tidak berakhlak. Mereka bebas bergaul, mementingkan hiburan dan keseronokkan. Mereka menganut agama berhala. Berhala yang terkenal ialah al-Lataa, Manat dan Uzza

Era Jahiliyah Moden!!!

Cuba kita renungkan, di zaman jahiliyah sebelum kemunculan Rasulullah, umat manusia ketandusan Agama, Ilmu, atau pemimpin yang mampu membawa manusia ke jalan kebenaran kerana jarak antara Nabi Isa dan Nabi Muhammad adalah sangat lama..

Diantara sikap atau tabiat umat jahiliyyah sebelum kewujudan Nabi Akhir Zaman:
1) Berzina
2) Membunuh bayi2 perempuan kerana dianggap membawa sial
3) Meminum Arak
4) Homoseks, lesbian
Cukup lah itu antara sikap buruk kaum jahiliyyah sebelum kewujudan Rasulullah S.A.W..dan perkara ini lah yang berjaya di ubah oleh Rasulullah dengan mengembangkan ajaran Islam yang di amanahkan oleh Allah untuk umatnya..Baginda telah berjaya merubah Akhlak malah akidah Umat Jahiliyyah sehingga tercetusnya kegemilangan Islam pada zaman baginda.

Tetapi malang sekali bagi umat Islam pada masa kini, walau pelbagai ilmu, kemajuan, dan kejayaan yang telah dicapai kita tidak mampu untuk mempertahankan kegemilangan Islam yang telah di cetuskan oleh Rasulullah S.A.W..Hinanya manusia. Rasulullah sehingga hujung nyawanya masih menyebut ummati, ummati, ummati dan bertapa sayangnya baginda terhadap umatnya.

Tetapi apakah balasan umat masa kini terhadap perjuangan Rasulullah???? Adakah sunnahnya diikuti???? Adakah kita sering mengingatinya???

Sayang, jarang sekali sunnahnya diikuti, malah kurang sekali mengingatinya serta perjuangannya. Nauzubilah, mungkin kerana kita lupa akan perjuangan Rasulullah, maka pada zaman ini tercetuslah era jahiliyyah moden yang dicipta oleh manusia sekali lagi..
antaranya:

1) Kes zina semakin meningkat.
- Walaupun Agama Islam telah mengharamkan zina, tetapi orang Islam jugaklah paling ramai melakukan zina.
2) Pembungan bayi/Janin (pembunuhan bayi)
- Kalau jahiliyyah dulu, bayi perempuan sahaja dibunuh, tetapi zaman jahiliyyah moden lebih dasyat dan hebat kerana kedua-dua jantina bayi ini akan dibuang dan dibunuh tanpa sebab..
3) Arak berleluasa
- semakin Islam mengharamkan Arak, semakin banyak penjualan arak dan perjudian berlaku di muka bumi ini..
4) Homoseks/lesbian
- lebih ramai pondan, bapok, penkid, gay, lesbian di muka bumi ini sehingga sukar untuk menilai mana satu jantina yang tulen atau palsu..banyak lagi perkara2 lain yang mampu dibuktikan zaman kini merupakan zaman
jahiliyyah moden malah lebih teruk dan dasyat dari zaman jahiliyyah sebelum kewujudan Rasulullah S.A.W..Nauzubillah.

Malulah kita wahai umat Islam, kita hidup dizaman Islam telah menjadi milik kita, tanpa perlu berperang dan besusah payah, pun masih tidak bersyukur. Malulah kita umat Islam, Rasulullah yang tidak pandai membaca dan menulismampu menjulang Islam sehingga gemilangnya... kita yang boleh membaca dan menulis x mampu buat sedemikian.

Malulah kta umat Islam, Rasulullah ingat akan umatnya sehingga ke hujung hayatnya, tetapi kita lebih ingatkan artis2 dan berhibur saja. Hebatnya engkau Rasulullah, pemimpin utusan Allah, menyinari dunia laksana purnama,contoh tauladan mu jadi ikutan. Syafaatkan kami ya Rasulullah.

Moga perkongsian ini mampu untuk mengingatkan diriku yang lemah dan hina ini, juga mampu mengingatkan sesiapa sahaja Insyaallah....

Khutbah Jumaat minggu ini. Khutbah Jumaat minggu ini. Reviewed by Zikri Husaini on 4/02/2010 10:38:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.