Advertisement

Jana pendapatan dengan blog.

Salam semua, diharapkan anda sihat sejahtera.

Ada banyak cara untuk kita mendapatkan pendapatan melalui medium blog ini.

Bagaimana buat duit dengan blog?

1. Sewakan/jual ads space. 

Ini kita boleh tengok dekat sidebar, (kalau ada lagilah), advertise with us, yang biasa kita sewakan banner dalam lingkungan 125x125 pixel. Ada banyak jenis banner yang boleh kita usahakan, bergantung. Tetapi jangan terlalu banyak sangat space untuk disewa, kemungkinan besar akan melambatkan loading page blog kita. Selain itu juga, kita boleh letakkan link, iklan baris di blog anda. Tetapi ia perlu mengikut kreativiti anda.


2. Dengan daftar di syarikat pengiklanan. 

Contohnya seperti Innity, Nuffnang, Advertlets, Google adsense. Bagi blogger, mereka sudah paham konsep ini. Advertiser akan membayar untuk setiap klik yang dijanakan untuk iklan CPC dan untuk trafik bagi iklan CPM dan ia bergantung kepada traffic yang akan visitor/pelawat datang ke blog kita. Untuk mendapat pendapatan yang lumayan, anda perlukan traffic yang banyak dan konsisten. 



3. Tulis review/advertorial

Ada pemilik kedai/servis yang memberi upah kepada blogger yang membuat entri  tentang kedai/ servis mereka. Contohnya, entri mari makan ke resotran nasi lemak kampung baru. Jadinya dalam, entri itu mungkin ada promosi dari segi jenis-jenis lauk-pauk yang ada , apa yang istimewanya dan juga harga makanan yang merak tawarkan. 

Kepada para blogger, boleh menjana pendapatan dengan cara ini. Tetapi agak susah juga nak dapatkan review dari orang-orang yang dipercayai, memerlukan masa, traffic dan juga reputasi dari blog dan juga kaitan blog kita dengan perniagaan mereka.

4. Join affiliate program

Cara ini memang sangat mudah, sebabnya tiada memerlukan masa, idea yang banyak untuk membuat review, mungkiin kita boleh buat, satu entri yang berlainan dan juga point-pont yang menyebabkan orang harus beli produk itu. Sebabnya kita hanya mempromosikan produk orang itu, dan sekiranya ada jualan dari mereka itu, kita akan dapat komisen.

5. Review, pandangan mengenai product.

Ia macam no 3, tapi lain siitla, jika tidak keberatan anda boleh menulis review / pandangan mengenai produk-produk, services atau lain-lain  peluang ini mengikut keperluan pihak PayPerPost.Com yang mana mereka akan membayar setiap review atau posting yang telah buat di blog anda. Boleh juga jadi publisher bagi Click2sell , LinkWorth maupun social network yang muncul sebagai pesaing baru Facebook iaitu PeopleString Network yang akan memberi kita komisen dengan setiap referal.

Blog ini memerlukan masa untuk mendapatkan traffic yang mantap, perlukan banyak kajian, rakan-rakan dari blogger, dan juga pengoptimum SEO yang betul .

Untuk itu, jangan terlalu untuk mengejar untuk membuat promisi blog yang keterlaluan. Apa yang penting ialah konsisten dalam posting blog dan juga artikel yang berkualti dari segi informasi, dakwah, ekonomi dan sebagainya. 

Blogging is fun. 



Jana pendapatan dengan blog. Jana pendapatan dengan blog. Reviewed by Zikri Husaini on 7/25/2009 02:36:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.