Cantik bulu dia, badan dia gebu!! |
Salam semua, diharap anda semua sihat sejahtera, tahukah anda dalam dunia ini ada seekor kucing yang boleh main piano.Sila tengok video you-tube dibawah ini. Rasanya dah lama diketahui oleh semua orang. Saja je nak buat gempak lagi.
Hampir 18 juta lebih, pengunjung melihat video ini.
Nora nama dia.
Kucing yang diberi nama, Nora (aish macam orang perempuan pulak nama dia) seekor kucing jantan yang mempunyai perangainya sama seperti kucing-kucing yang lain. Penjaganya ialah Betsy Alexander and Burnell Yow yang juga merupakan guru piano kalau tak silap lah. Dah lupa eh...
"Nora mula bermain not pada piano secara sendiri. Ia tidak diajar. Entah macam mana, pada satu hari, ia melompat di atas bangku piano dan mula bermain piano. Sejak itu, Nora bermain piano hampir setiap hari," kata Betsy sambil memberitahu terdapat dua buah piano di rumahnya, namun piano pilihan Nora adalah Yamaha Disklavier Grand.
"Sebagai seorang guru piano, saya melihat Nora mempunyai bakat dalaman. Nora bukan bermain piano secara semberono, sebaliknya bermain dengan lembut dan mengeluarkan emosi. Ia main dengan ritma dan key yang betul."Nora juga pemuzik yang sensitif, mempelbagaikan tempo, dinamik dan stailnya untuk disesuaikan dengan moodnya," kata Betsy sambil memberitahu nama Nora diberikan sempena nama seorang artis Leonora Carrington.Muzik Nora disifatkan avant garde. Mungkin kerana itu, ahli muzik avant garde Dean Santomieri dari San Francisco menggunakan muzik Nora dalam satu persembahan berkumpulan dua tahun lalu.
Kucing korang pandai buat agaknya?
Pandai makan, pandai halau/bunuh tikus,
Add facebook, nora the cat
Nora the piano cat.
Reviewed by Zikri Husaini
on
7/25/2010 10:51:00 PG
Rating:
10 ulasan:
pergghh..gila bijak. gua yg manusia ni pun xreti nak main piano..
yeah. dah tngok kucing ni. smart kn. haha. latih gila babeng kowt. perghh. haha
kepakaran kucing aku adalah mencari kucing dara baru disekitar kawasan rumah jiran, nasib baik nora dok jauh... heheheh
inilah yang dikatakan anugerah yang tak ternilai....
zirk..aku tak taupon kucing ni pandai main..thanks for info
mak aii...kucing apa ni zik?
my pet xpndai main piano..sbb bila nk ajar je dah mati dulu..huhu~
@linglung:- tuh la pasal.. aku pun tak pandai main piano.. hehe
@acap: entahla..dia tak latih pun...tiba2 je pandai main piano
@brotomyam: hehe...nasib baik jauh kan bro..
@izakhairi : ye betul tuh kak..
@pawaka: hah tula.. aku baru tahu tahun lepas je..hehe
@donny: entahla..kucing jenis apa aku pun tak tahu bro
@gransazer: lah tetiba matila ek... thank u datang ke blog nie..hehe
boleh tahan kucing ni, boleh main piano.. tak macam kucing aku yang cuma pakar berak atas tilam, aiseyyy :D
@kulanz Salleh, hehe adoi macam tuh bro...
Catat Ulasan