Penerbangan tambahan yang dimaksudkan ialah dari Subang ke Kota Baharu dan sebaliknya bagi tarikh penerbangan 7 hingga 9, 12, 15 hingga 19 September dan dari Singapura ke Ipoh dan begitu sebaliknya pada 8 dan 9 September.
Ketua Jabatan pemasaran dan perhubungan Firefly, Angelina Fernandes dalam satu kenyataan rasminya menyatakan, syarikat penerbangan itu bekerja keras untuk memastikan semua penggunanya dapat balik ke destinasi masing-masing untuk berjumpa keluarga pada masa yang tepat.
Selain dari penerbangan tambahan, Firefly pada masa ini beroperasi 33 kali setiap minggu dari Subang ke Kota Baharu dan penerbangan harian dari Singapura ke Ipoh akan ditingkatkan kepada 11 kali seminggu. Banyak tuh!!
Bagi meraikan Hari Raya, Firefly menawarkan tambang promosi istimewa Balik Kampung dari serendah RM45 mulai sekarang hingga 26 Ogos untuk perjalanan dari sekarang hingga akhir September 2010.
Psst: Firely ialah anak syarikat milik penuh Malaysian Airline System Bhd (MAS) mana ada sistem! Korang semua nie dah beli tiket raya balik kampung belum?
Aidilfitri: Firefly sedia penerbangan tambahan
Reviewed by Zikri Husaini
on
8/17/2010 02:23:00 PG
Rating:
7 ulasan:
teringin nak naik firefly sbb blom pernah cuba..huhuhu
waaahhh..
tapi pegi utara brp RM?
(tiba2 tuan blog ni jd kaunter prtnyaan..he.he)
tket blik kg raya??
alamak,,
sy xbeli lagi??!
:D
sop -->>
me pun tingin..
usah kan firefly.. ape2 yg fly adik bradik 'kapal terbang' tu smua xpnh nek lagi..
hu..,,
ye ker.?
asal tgk kt website diorang mhl jer..
RM300 kot...
kalo tau murah cmni mmg beli terus ari tu..tp sbb mhl la xbeli...Ruginyer...
tak penah lg cuba firefly..nk try juge ler,skang beli air asia da tempah awal pun, itu pun mahal,huhu..
dah nak raye company masing-masing sibuk dah jual tiket.....
hurm itu info jer...tak tahu nak jawab apa2 dari korang semua... terima kasih sudi komen di blog ini.
Catat Ulasan