Advertisement

Sinopsis drama halalkan hati yang telah kucuri tv3



Drama tv3 slot akasia yang menggantikan drama cinta fatamorgana. 

Sinopsis drama. 

SINOPSIS HALALKAN HATI YANG KUCURI. 

Faiq (alif aziz)  dan Delisha (farah nabila) , cerita ini mengisahkan mengenai pasangan suami isteri yang satu kepala sukakan kebebasan, kemewahan, dan berseronok tanpa batas. Segala nasihat yang diberi bagai mencurah air ke daun keladi. Merajuk ditegur keluarga, natijahnya mereka lari meninggalkan rumah.

Setelah sebulan, mereka pulang tetapi terkejut apabila keluarga mereka menghilang secara tiba-tiba! Banglo dijual dan syarikat keluarga bertukar hak milik kepada orang lain. Puas mereka mencari penyebabnya, namun tiada apa yang diperoleh. Keluarga tak ditemui, duit simpanan semakin tinggal sikit dan akhirnya habis.Kemudian hendak atau tidak mereka terpaksa memulakan kehidupan dari bawah kerana tiada apa lagi yang mampu digadai.

Apa sahaja kerja termasuk kerja yang mereka pandang hina suatu ketika dulu rela dilakukan demi sesuap nasi. Tak kesahlah tukang cuci ke, buruh kontrak ke, pekerja kafe hatta pengawal keselamatan sekalipun mereka sanggup. 
“You tahu tak, kata Kak Joyah, I cuci tandas berganda bersih daripada cleaner sebelum ni. Bayangkan habis sebotol besar sabun dia I guna, sampai dia kata ni bukan tandas tapi kedai jual perfume.” – Delisha.
Bumi mana yang tidak ditimpa hujan, sama juga dengan hidup Faiq dan Delisha. Ujian itu pasti singgah dalam apa jua keadaan, namun mampukah mereka menempuhi ujian-ujian yang mendatang bersama? Masih ada atau tidak peluang untuk bertemu keluarga mereka yang hilang, dan apa reaksi mereka apabila melihat keadaan Faiq dan Delisha ketika itu?
“Abang tak mahu janjikan sayang bulan dan bintang, cukuplah kita sentiasa bersama di bawah cahayanya. Kalau abang tak mampu jadi pelita atau lampu yang menerangi hidup sayang sekalipun, cukuplah abang menjadi kunang-kunang yang menemani sayang dalam kegelapan…”- Faiq.
“Jika tepat pada masa, ketika, keadaan dan siapa, cinta akan menjadi kuasa luar biasa yang tiada tandingannya… Dan Isha bersyukur sangat, abang adalah orangnya…”- Delisha.
Sinopsis drama halalkan hati yang telah kucuri tv3 Sinopsis drama halalkan hati yang telah kucuri tv3 Reviewed by Zikri Husaini on 5/24/2018 02:10:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.