Yezza , kita bertemu sekali lagi dalam pentas antarabangsa. Setelah hujung tahun lepas kita dikecewakan dengan pasukan vietnam apabila tewas dengan aggregate tak banyak pun. So perlawanan kali ini lebih getir dan penting sebab kita akan bertemu dengan pasukan jiran kita. Last jumpa pada tahun 2016, dah tiga tahun berkesudahan seri dalam perlawanan persahabatan.
Baca juga :
Pertembungan ini akan menaikkan mata dan perbaiki ranking pasukan masing-masing sekiranya menang. Kalau kalah jangan cerita lah dekat sini ok.
Kita harapkan keputusan yang positif berjaya di dijelmakan pada perlawanan malam ini jam 8:45 malam bertempat di stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
PETALING JAYA: Di mana anda semua wahai 'bangsa final'?
Demikian reaksi penyerang kebangsaan, Zaquan Adha Abd Radzak mengenai cadangan Ultras Malaya ingin memboikot perlawanan membabitkan Harimau Malaya dalam saingan Piala Airmarine, bermula perlawanan menentang Singapura di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok.
Sambil menghormati alasan segelintir pihak mahu memboikot Piala Airmarine, Zaquan tetap mengharapkan kehadiran penyokong sendiri dan mahu semangat patriotik sebagai keutamaan berbanding hal lain termasuk isu harga tiket.
Jika kempen untuk tidak ke stadium berjaya, kemungkinan perlawanan skuad negara dan Singapura akan berlangsung suram dan pastinya ia sesuatu cukup berbeza berbanding pertandingan Piala Suzuki AFF sebelum ini.
"Semasa Piala Suzuki AFF, timbulnya isu 'bangsa final'. Apabila sudah berlaku seperti ini (hasrat memboikot), saya sebagai wakil pemain ingin bertanya di manakah bangsa final?
"Kami juga ada maruah dan buat kerja kami untuk negara. Tetapi apabila ada ingin boikot, ia mungkin boleh menjatuhkan semangat kami. Kalau boleh datanglah ke stadium beri sokongan kepada kami kerana kami juga manusia biasa, bukannya robot.
"Namun kalau (terus) boikot atas alasan masing-masing, saya tidak boleh paksa. Masing-masing ada alasan sendiri namun kami tetap mengharapkan sokongan anda semua," katanya pada sidang media pra perlawanan, hari ini.
Pada penganjuran sulung membabitkan empat negara, Malaysia, Oman, Afghanistan dan Singapura kali ini, pihak penganjur menetapkan harga RM45 untuk tempat duduk grandstand dan RM35 untuk tempat duduk terbuka.
Menerusi muatnaik di laman sosial, Ultras Malaya sekeras-kerasnya mengutuk dan tidak akan bersetuju dengan sebarang eksploitasi ke atas skuad Harimau Malaya untuk kepentingan dan keuntungan poket pihak tertentu.
Mereka bertegas Harimau Malaya sudah dieksploitasikan di dalam kejohanan Piala Airmarine yang sengaja dicipta untuk mengambil kesempatan daripada semangat serta keinginan penyokong yang inginkan ranking skuad kebangsaan meningkat.
Cheng Hoe punya misi serampang dua mata
PETALING JAYA: Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mahu Tan Cheng Hoe merencana resipi terbaik untuk memacu skuad Harimau Malaya meraih kejuaraan sulung Piala Airmarine yang dijadualkan berlangsung pada 20 hingga 23 Mac ini.
Bukan mencari glamor sebaliknya kemenangan amat diperlukan bagi memperbaiki ranking ketika misi negara kini adalah untuk berada dalam kelompok 34 negara terbaik Asia bagi mengelak beraksi dalam playoff kelayakan Piala Dunia 2022.
Sebagai permulaan, skuad kebangsaan dijadualkan menentang negara jiran, Singapura dan FAM melihat perlawanan itu sebagai final untuk memintas lawan berkenaan yang kini menghuni ranking ke-34 Asia.
Presiden FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata Cheng Hoe tidak boleh persiakan peluang ini dan harus memanfaatkan beraksi di gelanggang sendiri.
"Sebenarnya saya nak kita jumpa Oman sebab daripada kesemua pasukan, mereka berada di ranking paling tinggi. Kalau tanya saya, pastinya saya mahu kita menang dan secara automatik kita dapat baiki ranking," katanya ketika ditemui pada Majlis Undian Piala Airmarine di Wisma FAM, hari ini.
Hadir sama Pengarah Urusan ProEvents Sdn Bhd, San Boon Wah dan Pengerusi Eksekutif Airmarine, Datuk Ananth S Nathan.
"Penganjuran Piala Airmarine ini adalah sebagai satu komitmen kami kepada negara," katanya.
Dalam satu lagi perlawanan, Afghanistan yang baharu mengesahkan penyertaan bagi menggantikan Kepulauan Solomon dijadualkan bertemu Oman bagi memburu slot ke final.
Dalam masa sama, Hamidin turut mengumumkan Harimau Malaya akan mengharungi satu lagi perlawanan persahabatan menentang Nepal pada 26 Mac ini.
Live streaming malaysia vs singapura piala airmarine 20 mac 2019
Reviewed by Zikri Husaini
on
3/20/2019 06:42:00 PTG
Rating:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan