Advertisement

Menang lapan perlawanan berturut-turut, Klopp dipilih Pengurus Terbaik Ogos dan September

jurgen klopp


LIVERPOOL telah memenangi lapan perlawanan berturut-turut dalam aksi Liga Perdana Inggeris musim ini.

Aksi konsisten itu menyaksikan Jurgen Klopp dipilihkan sebagai Pengurus Terbaik dua bulan berturut-turut iaitu Ogos dan September.

Liverpool berjaya menumpaskan Newcastle, Chelsea dan Sheffield United dengan menjaringkan enam gol dan kekurangan hanya dua gol.

The Reds telah menjadi satu-satunya kelab yang mencatat kemenangan lapan kali berturut-turut musim ini sekaligus menguasai kedudukan teratas.



Sehingga kini, Klopp meraih trofi terbaik itu sebanyak lima kali sejak September 2016, Disember 2018 dan Mac 2019.

Bagi pemilihan September lalu, Klopp terpaksa bersaing dengan pengurus Bournemouth Eddie Howe, jurulatih Chelsea Frank Lampard dan bos Leicester City Brendan Rodgers.

Liverpool kini mengumpul 24 mata dengan lapan perlawanan, meninggalkan juara bertahan Manchester City yang kini berada di belakangnya dengan 16 mata. -Dailymail.co.uk
Menang lapan perlawanan berturut-turut, Klopp dipilih Pengurus Terbaik Ogos dan September Menang lapan perlawanan berturut-turut, Klopp dipilih Pengurus Terbaik Ogos dan September Reviewed by Zikri Husaini on 10/13/2019 04:16:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.