Semua orang marah ketika skuad harimau malaya gagal menundukkan naga emas di hanoi minggu lepas. Namun takkanlah kita masih tak move on lagi nih. Ada yang serang IG pemain tuh. Main tak pandailah, baik budak tadika mainlah, itulah inilah.
Kemon guys, masa masih panjang lagi. Kita masih target untuk layak ke piala asia sebenarnya. Namun fokus sekarang ini kita bermain ditempat sendiri bertemu dengan pasukan thailand pulak. So jangan gabra dan terus menuding jari salahkan pemain, jurulatih dan sebagainya.
Tan Cheng ho pun dah move on, dia mahu fokus dengan perlawanan seterusnya.
KUALA LUMPUR: Skuad Naga Emas masih lagi gagal dijinakkan di Hanoi. Gelanggang berkenaan sangat kebal mempertahankan ego dan martabat pasukan, pemain dan penyokong Vietnam.
Pasukan Malaysia pada saingan awal permainan hampir sahaja mampu berdiri megah di Stadium My Dinh. Ada ketikanya, kami penyokong di dalam stadium berasakan kemenangan mungkin mampu dicapai.
Gerakan Harimau Malaya lebih tersusun dan hampir menyaksikan pintu gol Vietnam berjaya dibolosi. Serangan kiri dan kanan mampu dijana oleh Safawi Rasid dan Mohamadou Sumareh, disamping asakan daripada Syafiq Ahmad dan Norshahrul Idlan Talaha di bahagian hadapan.
Sepanjang 20 minit pertama skuad Harimau Malaya dilihat hampir setara dengan Naga Emas. Sayangnya, entah kenapa apabila Vietnam mendapat gol pendahuluan, pasukan kebangsaan mula hilang panduan dan makin tertekan.
Saya menjangkakan mereka akan kekal tenang sambil terus menyaingi Vietnam tapi perkara sebaliknya berlaku. Skuad Harimau Malaya bermain mengikut acuan Vietnam.
Jentera tengah Malaysia hilang arah. Halim Shaari ternyata tidak mampu memberikan persembahan sebaik Azam Azih. Gandingan beliau dengan Brendan Gan tidak lagi serasi seperti minit awal permainan.
Harimau Malaya sangat memerlukan sentuhan gerakan bijak dan umpanan menarik Azam Azih. Maaf Tan Cheng Hoe, enjin baharu kita belum cukup bagus.
Pertahanan negara meskipun menampilkan empat pertahanan terbaik negara masih melakukan kesilapan yang akhirnya dihukum lawan. Bukanlah bertujuan menuding jari menyalahkan pemain tetapi saya mengharapkan mereka akan lebih berhati-hati selepas ini.
Tiada guna sekiranya kita mencari seseorang pemain untuk kita persalahkan. Itu bukan budaya baik dalam pasukan bola sepak. Sokongan akan diteruskan tak berbelah bahagi.
Dua perlawanan seterusnya selepas ini adalah perlawanan paling penting dalam misi ke Piala Asia yang juga sasaran realistik Cheng Hoe. Perlawanan di gelanggang sendiri nanti perlu menuai hasil dengan Thailand dan Indonesia perlu ditumpaskan.
Penyokong Malaysia di Hanoi semakin menerbitkan rasa kagum dan hormat. Bilangan makin bertambah tak kira usia dan bangsa. Jika sebelum ini penyokong Malaysia hanya hadir dari kalangan ‘Ultras Malaya’ namun kini bilangan penyokong biasa semakin meningkat.
Skuad Harimau Malaya tidak lagi kesunyian setiap kali bermain di luar. Semoga sasaran Malaysia untuk layak ke pusingan akhir Piala Asia 2023 di China terus dalam buruan.
Penyokong akan selalu ada walau di mana skuad Harimau Malaya berada. – Oleh Asyraaf Muzaimi Tahar (Penyokong Harimau Malaya)
'Terus sokong tanpa berbelah bahagi" Pasukan Harimau Malaya
Reviewed by Zikri Husaini
on
10/13/2019 05:03:00 PTG
Rating:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan