Advertisement

Kesihatan:- Bahaya fast food!

Salam semua, untuk edisi kali ini, zik ingin mengupas mengenai bahaya fast-food (makanan segera).

Memang tidak diakui, Zik pun adalah tergolong dalam orang yang suka makan makanan segera. Tetapi tidak secara tegar. (takda still go on).

Pengenalan:-

Fast-food telah lama wujud dalam erti kata yang lain sejak zaman datuk nenek moyang kita. Dan orang ramai rasanya dah tahu tentang bahaya fast food ini sebenarnya. Cuma duk sedar tak sedar jer kita, bak kata orang malam masih muda. Hal ini kerana , ia memakan masa yang panjang untuk kita dapat kesannya. Akan menjadi lebih cepat sekiranya menjadi rutin harian. Bahaya tu!





Diantara contoh, kandungan yang terdapat dalam makanan Segera:-

1. Burger daging:
Mengandungi 4 gram lemak tulen. Ia membekalkan protein, zat besi, vitamin B12. Sedikit serat tetapi banyak penambah kimia.





Gambar diatas cuma contoh je tau! (tergugat iman dibuatnya, huh nasib baik duit poket tak tebal).


2. Ayam goreng:
Kaya dengan lemak (hampir 60% kalori diperoleh dari lemak). Banyak garam. la membekalkan protein, niasin dan vitamin B6. Bahan yang menyalutkannya mengandungi MSG dan pewarna kimia.

3. Kentang goreng:
Ubi kentang membekalkan protein dan vitamin C. Terlalu banyak lemak dan garam. Warna keemasannya adalah tiruan.

4.Minuman berasaskan Kola:
Amat kaya dengan gula (bekas besar mengandungi 14 sudu teh gula. Pewarna kimia dan kafein. Nilai makanannya kosong.

5. Milk Shake:
5 oz susu di dalam 10 oz shake, bercampur udara dan air. Proses ini memerlukan bahan pemekat kimia, penstabil dan pengemulsi. Ia juga mengandungi perisa dan pewarna kimia. Susu membekalkan protein dan kalsium, dan lapan sudu teh gula di dalam bekas yang sederhana besarnya.

Sumber dari :-
http://promote5.blogspirit.com/archive/2006/03/04/makanan-segera-buruk-untuk-kesihatan.html





Jadual, Lemak di dalam makanan segera

Makanan Jumlah lemak ( ) Bahagian kalori daripada lemak (%)
Big Mac McDonald's
54 g (27 g)
59
Aiskrim vanilla Baskin Robbins 100g (12 g) 52
Burger King Whopper 36 g ( 12 g) 52
Ayam goreng Kentucky (4 ketul) 45 g ( 12 g) 58
Burger McDonald's bersama keju 25 g ( 12 g) 46
Fillet-o-fish McDonald's 26 g ( 7 g) 56

Sumber : Tim Lobstein (dari Suruhanjaya Makanan London), Fast Food Facts, Camden Press Ltd., London, 1988.

Penutup:-

Semoga kita beringat , sihat sebelum sakit. Jadikan generasi kita dan generasi akan datang lebih peka dalam menilai aspek pemakanan yang seimbang.

P/s:-Kalau nak makan jugak boleh kot, tapi kadang-kadang la, jangan setiap hari!.


Kesihatan:- Bahaya fast food! Kesihatan:- Bahaya fast food! Reviewed by Zikri Husaini on 12/19/2009 11:11:00 PTG Rating: 5

16 ulasan:

p[A]n[A]d[0]L© berkata...

selagi x kesan yg kn dr sndr, slagi tue xkn sedar..

*mcm sy ^^

myQza berkata...

TQ info..

Tedrichie berkata...

zik... mmg fast food bahaya. yg lebih merbahaya, kta minum skali air gas... byk gula tuuuuu.... nasihat... sila lah minum air masak.

yanamib berkata...

yeah setuju..skrg tgh cuba kurgkn mkn fast food..effect makan fast food kita nmpak time da tua sok..so tepuk dada tanya iman =)

Zikri Husaini berkata...

erm betul tuh...banyak gula minum air gas..

SatuJutaIdea berkata...

Nak mkn biar berpada-pada, tak blh berlebihan. Nanti perut plak yg terlebih besar :)

SatuJutaIdea berkata...

Nak mkn biar berpada-pada, tak blh berlebihan. Nanti perut plak yg terlebih besar :)

imma.jayma.azima berkata...

huhuhuu~ sedap giler!

Mus berkata...

yang sedap tu lah bahaya untuk kesihatan!

Zikri Husaini berkata...

Mus:-
itulah pasal...

Tanpa Nama berkata...

slm ziarah~

waa~bende2 nie lah yg menggoda sye..
xsggup...huhuhu

Maxloon120 berkata...

Tapi KFC memang sedap sampai menjilat jari :) :)

zuwairiaiman berkata...

terima kasih dengan info yang di beri amat bermanafaat

Zikri Husaini berkata...

maxloon120:- erm suka hatilah

zuwairiaiman:-
10q

Tanpa Nama berkata...

Assalamu ailaikum..Bagus sangatlah info tentang makanan yang sedap tetapi membahayakan ini. Aku pun ingat sorang tokguru aku ada berpesan yang katanyer: Good food is no good :)..betul lah tu minum minuman seperti coca cola tu..fuyuu kalau dalam keadaan dahaga ..sedaaap tu, tapi bila memikirkan kandungan gula minuman tu...tak jadi aku minum bagus beli air mineral dalam botol.

Zikri Husaini berkata...

wah bagusnya. terima kasih kepada tanpa nama nie..

Dikuasakan oleh Blogger.