Advertisement

Fungsi Otak kanan dan Otak Kiri

Otak kanan dan kiri mempunyai fungsi yang berbeza.

Salam semua. Tahukah anda, otak kanan dan kiri mempunyai fungsi yang berbeza walaupun mempunyai bentuk yang hampir sama. Hehe.. Setiap orang ada kelebihan sendiri mengikut jenis-jenis otak yang selalu digunakan. Apa yang penting ialah kebijaksanaan kita mengunakan kedua-dua belah otak kita.

Fungsi otak kanan berkaitan dengan:
  • Imaginasi
  • Berfikir secara kreatif
  • Irama
  • Khayalan
  • Emosi
  • Ilham
  • Intuisi (gerak hati)
  • Warna
  • Muzik
  • Apa saja aktiviti-aktiviti kreatif.
Fungsi otak kiri
  • Mengingati ilmu, pengetahuan atau maklumat
  • Menyimpan data dan fakta
  • Menganalisis
  • Memahami logik, bahasa dan matematik
Otak hemisfera kanan mengawal bahagian kiri badan manakala otak kiri mengawal bahagian kanan badan.


Jadi kesimpulannya, otak kanan lebih kepada kreativiti dan selalunya dikaitkan dengan orang yang menggunakan tangan kiri (kidal)- macam Zikr nie hehe…

Manakala otak kiri lebih kepada pengiraan, sistematik dalam mengatur pelan perancangan (macam main catur)…namun kedua-duanya mempunyai saling kaitan dan manusia menggunakan kedua-dua belah otaknya untuk berfikir secara optimum. 

Apa yang paling penting ialah kita menggunakan kedua-dua belah otak. 


Fungsi Otak kanan dan Otak Kiri Fungsi Otak kanan dan Otak Kiri Reviewed by Zikri Husaini on 3/07/2010 05:23:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.