Advertisement

Keputusan SPM 2009 dah pun keluar! Dapat berapa A?

Amacam gempak tak result SPM zik?? ngeh poyo nyer..(dah lah nama orang cina..)


Salam semua. Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia 2009 baru-baru ini membanggakan. Apa yang paling penting langkah seterusnya adalah lebih mencabar dan sebenarnya langkah ke destinasi seterusnya adalah lebih mencabar, ditambah duri-duri yang perlu dilalui itu semakin berbisa.

Namun kepada yang gagal, tidak bermakna anda gagal buat selama-lamanya. Apa yang paling penting ialah kepandaian kita untuk mencari peluang-peluang yang ada untuk terus berjaya. (Hidup mesti berani gagal).



Mungkin ada diantara adik-adik kita yang mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM ini. Tetapi demi sesuap nasi, terpaksa bekerja demi menyara keluarga yang semakin terhimpit dengan masalah kewangan. Pada pendapat zik, tindakan ini sebenarnya lebih wajar, sebabnya demi kesenangan untuk adik-adik yang sedang belajar, jadi sebagai abang/kakak terpaksa berkorban untuk mengurangkan beban yang sedia ada. 

Hal ini terjadi kepada rakan zik sendiri, yang mana beliau terpaksa bekerja selepas SPM, namun kejayaan hari ini yang beliau tempuhi selama ini, membuahkan hasil. Berkat kesabaran dan doa yang tidak putus. 


Tetapi seeloknya kita terus sambung belajar la. Sebabnya ilmu itu penting untuk kita praktikkan apa yang kita telah belajar dan berkongsi idea kepada yang memerlukan dari terus ditipu oleh anasir-anasir yang suka mencuri peluang atas kebodohan kita sendiri. 

Semoga adik-adik yang baru lepas SPM ini terus berjuang, kerana perjuangan ini masih terlalu jauh, untuk kita bersama-sama tempuhi. Kerana kita adalah pewaris yang bakal mentadbir negara. Bersedialah menerima teguran, komen yang membina dari orang-orang yang lebih tua dan berilmu, jaga tatasusila anda. 

P/s: Teringat result spm zik yang kantoi! ggrrr

Keputusan SPM 2009 dah pun keluar! Dapat berapa A? Keputusan SPM 2009 dah pun keluar! Dapat berapa A? Reviewed by Zikri Husaini on 3/15/2010 01:06:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.