Advertisement

Live streaming jdt muangthong United 2018



Perlawanan yang dijangka sengit malam ini nanti , mampukah skuad harimau selatan melangkah ke peringkat seterusnya dalam pertemuan diantara JDT vs Muangthong United malam ini nanti?

Bertemu dengan pasukan yang merupakan naib juara Kelab Liga 1 Thailand, Muangthong United semestinya memberi cabaran sukar buat Johor Darul Ta’zim (JDT) apatah lagi bakal bersaing untuk kelayakan piala paling berprestij di rantau ini. Dua tahun lepas kita dicewakan dengan pasukan ini jugak, muangthong united kalah di penentuan sepakan penalti. 0-3 pulak tuh.. Jahanam tol. 

Lebih mendebarkan, perlawanan itu merupakan saingan kelayakan pertama yang harus diharungi skuad Harimau Selatan dalam merebut slot bersaing dalam Kejuaraan Liga Juara-Juara AFC (ACL) untuk musim ini selepas tiga kali mengharunginya sejak 2015. Tahun lepas, menyaksikan JDT memperoleh kedudukan terbaik Kelayakan ACL apabila mara ke pusingan ketiga namun dikecewakan kelab dari Jepun, Gamba Osaka 0-3 di laman pasukan itu.

Bangkit dengan kejutan, Harimau Selatan musim ini tampil lebih garang apabila menyenaraikan semula bintang yang membantu skuad JDT menjulang Piala AFC 2015 lalu seperti Jorge Pareyra Diaz, Harris Harun dan Luciano Figueroa yang kembali dari persaraan.

Tambah merancakkan lagi persefahaman antara pemain dan strategi taktikal yang bakal digunakan, JDT turut menjalani latihan pra musim berdepan beberapa kelab Liga 1 Thailand termasuk Chonburi FC.


Menerusi satu kenyataan, penjaga gol JDT, Izham Tarmizi menegaskan fokus adalah kunci utama buat pasukan dalam memenangi perlawanan kali ini sekali gus mempertahankan jejak Harimau Selatan dalam kempen ACL kali ini.

“Kami tidak mahu tertekan, sebaliknya mahu lebih fokus dalam pertembungan ini. Ia pastinya perlawanan yang cukup sengit kerana Muangthong United bukanlah calang-calang pasukan.
“Aksi persahabatan ketika pramusim di Thailand jelas memberi kesan positif buat kami. Tiga perlawanan persahabatan mampu meningkatkan kualiti permainan selain optimis pasukan mampu menandingi Muangthong United FC,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, rumusan dan strategi yang dirancang Ketua Jurulatih JDT, Ulisses Morais sepanjang latihan pramusim juga memainkan peranan penting menentukan rentak pada perlawanan berkenaan.

Sementara itu, penyerang, Hazwan Bakri pula berkata, kehadiran dua bintang import JDT, Figueroa dan Diaz ternyata memberi impak yang besar buat pasukan dalam beberapa saingan baru-baru ini.

“Persiapan rapi sudah dilakukan sepanjang pra musim di Bangkok. Banyak yang kami belajar terutama perubahan formasi dan juga mengawal perasaan ketika beraksi di padang supaya tidak terlalu gopoh dan sentiasa tenang.

“Saya juga berpeluang bergandingan bersama Figueroa dan Diaz sewaktu perlawanan persahabatan pra musim di Thailand dan ternyata mereka merupakan pemain yang cukup profesional,” katanya

Harap dapat lakukan sesuatu dan juga pasukan kita ini terus maju dihadapan. Tunggu live malam karang wa update. Tunggu....
cuba tengok live di link dibawah ini..

facebook siakap kelisa 
facebook gelandangan 
facebook muathong united
Facebook siam sport
Live streaming jdt muangthong United 2018 Live streaming jdt muangthong United 2018 Reviewed by Zikri Husaini on 1/23/2018 11:42:00 PG Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.