Advertisement

Live streaming Anugerah Bintang Popular berita harian 2019





Hari ini merupakan hari penentuan. Artis akan dapat beberapa anugerah yang dipertandingkan dalam anugerah yang berprestij ini. ABPBH sudah melangkau kali ke 32 kali. 


Tajaan paling utama sekali lagi ialah bersama Alfa Alha.  


Semuanya tercetus pada 1987, hasil idea bernas bekas Pengarang Kumpulan Berita Harian, Datuk A. Nazri Abdullah bersama beberapa orang penting dalam dunia hiburan ketika itu terutamanya Pengarang Unit Hiburan (dulu dikenali sebagai Pusparia), Nordin Mohamad serta wartawan hiburan Berita Harian, Zubairi Zabidin. Dengan dibantu Pengurus Promosi Kumpulan New Straits Times (NST), Oliver Jackson mereka mula mencari penaja untuk menyokong anugerah yang memberi peluang kepada pembaca memilih calon artis pujaan masing-masing menerusi undian di akhbar ini. Dari situlah munculnya Anugerah Pelakon/Penyanyi Popular 1987 (APPP87) - Nescafe Classic yang berlangsung di Dewan Bunga Raya, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada waktu malam 1 Disember 1987.[1]


Hanya tujuh kategori dipertandingkan iaitu: Pelakon Lelaki Popular yang dimenangi Eman Manan, Pelakon Wanita Popular (Fauziah Ahmad Daud), Pelakon Pembantu Lelaki Popular (Ahmad Tarmimi Siregar), Pelakon Pembantu Wanita Popular (Marlia Musa), Penyanyi Lelaki Popular (Shidee), Penyanyi Wanita Popular (Francissca Peter), dan Penyanyi Berkumpulan Popular (Search). Hampir 380,000 borang undian diterima daripada pembaca akhbar ini pada tahun pertama. Artis yang mendapat undian terbanyak ialah Fauziah Datuk Ahmad Daud (284,813 undi), diikuti Fran (246,838 undi).[1]

Impak daripada kejayaan pertama, APPP88 pula dianjurkan, ia turut mengekalkan tujuh kategori yang sama. Pemenang pada tahun kedua ialah Sabree Fadzil (Pelakon Lelaki Popular), Aznah Hamid (Pelakon Wanita Popular), Ridzuan Hashim (Pelakon Pembantu Lelaki Popular), Raja Ema (Pelakon Pembantu Wanita Popular), Jay Jay (Penyanyi Lelaki Popular), Ramlah Ram (Penyanyi Wanita Popular) dan Gersang (Penyanyi Berkumpulan Popular). Acara kemuncak berlangsung di Hotel Holiday Villa, Subang Jaya Selangor, pada malam 10 Disember 1988, dihoskan oleh N.D. Lala dan Charmaine Agustine. dirakamkan oleh TV3 untuk siaran pada 25 Disember 1988.[1]
Kemudian barulah muncul APPP89 yang dianjurkan dengan kerjasama RTM dan Salem, bersiaran langsung dari Angkasapuri, pada 13 Januari 1990, jam 8.30 malam. Hosnya adalah DJ Ainul Jamal dan Sharifah Sakinah Al Junid. Mulai 1990, diperkenalkannya anugerah terbesar Artis Paling Popular yang diberikan kepada artis yang meraih jumlah undian terbanyak dari kesemua kategori lain. Pemenang pertama Artis Paling Popular ialah Aishah.[2]


Mulai 1992, Anugerah Penyanyi/Pelakon Popular ditukar namanya menjadi Anugerah Bintang-Bintang Popular, di samping bilangan anugerah ditambah kepada 15, termasuk Penghibur TV Lelaki dan Wanita, Pelakon TV Lelaki dan Wanita, Artis Komedi Lelaki dan Wanita, dan Drama TV.[3] Anugerah Drama TV hanya bertahan selama setahun, iaitu dimenangi oleh siri TV Opah. Mulai 1994, nama penganugerahan dipendekkan menjadi Anugerah Bintang Popular.
Anugerah Bintang Popular 1996 memperkenalkan dua kategori yang dinilai oleh juri, iaitu Kategori Filem (Filem, Pelakon Lelaki dan Wanita, Pelakon Pembantu Lelaki dan Wanita Terbaik, Hadiah Khas Juri Grand Brilliance) dan Kategori Drama (Drama, Pengarah, Pelakon Lelaki dan Wanita, Pelakon Pembantu Lelaki dan Wanita, Skrip, Suntingan, Videografi Terbaik; Anugerah Khas Juri),[4] tetapi kategori-kategori ini bertahan sehingga edisi 1997/98 sahaja.[5] Edisi 1996 turut memperkenalkan anugerah Artis Remaja Popular selama setahun (dimenangi oleh Siti Nurhaliza)[4], kemudian menggantikannya dengan Artis Baru Popular (dimenangi oleh Ahmad Idham) pada edisi seterusnya.[5] Edisi 1996 juga menggabungkan Penghibur TV Lelaki dan Wanita Popular menjadi satu anugerah Penghibur TV Popular untuk direbut oleh kedua-dua jantina.
Anugerah Bintang Popular 1998/99 memperkenalkan anugerah baru untuk Penyanyi Nasyid Popular yang dihadiahkan setiap tahun hingga kini; pemenang pertamanya ialah Raihan. Selain itu, edisi ABP 1998/99 turut menyediakan dua Anugerah Khas untuk Seniman Veteran dan Seniwati Veteran (masing-masing dimenangi oleh Ibrahim Pendek dan Ruminah Sidek); masing-masing ditukar namanya menjadi Anugerah Seniman Veteran dan Anugerah Seniwati Veteran dan bertahan hingga edisi 2001. Edisi 1998/99 turut anugerah Artis Bukan Melayu Popular untuk seniman bukan berketurunan Melayu, dan pemenang pertamanya ialah Sathiya yang berketurunan India[6]; anugerah ini bertahan sehingga 2004 dengan Vince (kacukan Cina/Inggeris) sebagai pemenang terakhirnya.[7]
ABP 2000 menyaksikan "Anugerah Khas Bintang Popular" yang bertahan sehingga edisi 2006; antara pemenangnya ialah Anita Sarawak, Sheila on 7 (sebuah kugiran dari Indonesia) dan Datuk Jamil Sulong.[8] Edisi 2000 turut mencari Artis Kanak-kanak Popular untuk setahun sahaja; pemenangnya ialah kumpulan Kristal.[8]
RTM yang menjadi penyiar siaran langsung ABP sepanjang 1990-an menyerahkan tugasnya ini kepada TV3 mulai edisi 2001, dan begitu juga tempat acara berpindah dari Angkasapuri ke Genting Highlands.[9]
ABP 2003 menyaksikan anugerah Artis Berkumpulan Popular diubah namanya menjadi Artis Berkumpulan/Duo Popular yang dikekalkan hingga kini; serta anugerah-anugerah Pelakon TV Lelaki Popular dan Pelakon TV Wanita Popular ditukar namanya kepada "Pelakon TV/VCD Lelaki Popular" dan "Pelakon TV/VCD Wanita Popular" sempena populariti drama VCD tempatan ketika itu,[10] sehingga dipulihkan nama-nama asalnya pada edisi 2005.
ABP 2007 menggantikan tiga anugerah khas juri iaitu Anugerah Biduan Veteran, Anugerah Seniwati Veteran dan Anugerah Khas Bintang Popular, dengan satu anugerah yang serupa peranannya iaitu Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat; penerima pertamanya ialah M. Nasir.
Anugerah bintang paling popular turut berubah format pada tahun 2002 dan 2003 (pemilihan berdasarkan jumlah undian paling banyak diterima dalam satu kategori) sebelum kembali kepada format asal (kategori bintang paling popular disediakan untuk diundi).
Pada tahun 2014, kategori dalam talian diwujudkan dimana para pembaca akhbar BH dan peminat boleh mengundi selebriti kegemaran mereka secara atas talian bagi kategori dalam talian tersebut.
Pada tahun 2016, satu kategori baru telah diperkenalkan iaitu Artis Versatil Popular demi mengiktiraf anak seni yang mempunyai pelbagai bakat dalam bidang seni dan artis serbaboleh Ifa Raziah telah menjadi selebriti pertama yang berjaya memenangi kategori itu. Manakala kategori Pengacara TV Lelaki Popular & Pengacara TV Wanita Popular disatukan menjadi Pengacara TV Popular begitu juga dengan kategori Artis Komedi Lelaki Popular & Artis Komedi Wanita Popular disatukan menjadi Artis Komedi Popular.

Kategori Dipertandingkan

Kategori Utama

  1. Penyanyi Lelaki Popular (1987 - kini).
  2. Penyanyi Wanita Popular (1987 - kini).
  3. Pelakon Lelaki Popular (1987 - 1991).
  4. Pelakon Wanita Popular (1987 - 1991).
  5. Pelakon Pembantu Lelaki Popular (1987 - 1991).
  6. Pelakon Pembantu Wanita Popular (1987 - 1991).
  7. Penyanyi Berkumpulan Popular (1987 - 1998/99).
  8. Artis Paling Popular (1990 - 2000).
  9. Pelakon Filem Lelaki Popular (1992 - kini).
  10. Pelakon Filem Wanita Popular (1992 - kini).
  11. Pelakon Filem Pembantu Lelaki Popular (1992 - 1995).
  12. Pelakon Filem Pembantu Wanita Popular (1992 - 1995).
  13. Pelakon TV Lelaki Popular (1992 - 2002; 2005 - kini).
  14. Pelakon TV Wanita Popular (1992 - 2002; 2005 - kini).
  15. Artis Komedi Lelaki Popular (1992 - 2014).
  16. Artis Komedi Wanita Popular (1992 - 2014).
  17. Penghibur TV Lelaki Popular (1992 - 1995).
  18. Penghibur TV Wanita Popular (1992 - 1995).
  19. Drama TV Popular (1992).
  20. Penghibur TV Popular (1996 - 2000).
  21. Artis Remaja Popular (1996).
  22. Artis Baru Popular (1997/98 - 2001).
  23. Penyanyi Nasyid Popular (1998/99; 2003 - 2010).
  24. Artis Bukan Melayu Popular (1998/99 - 2004).
  25. Artis Nasyid Popular (2000 - 2002).
  26. Artis Berkumpulan Popular (2000 - 2002).
  27. Artis Kanak-kanak Popular (2000).
  28. Bintang Paling Popular (2001 - kini).
  29. Pengacara TV Lelaki Popular (2001 - 2014).
  30. Pengacara TV Wanita Popular (2001 - 2014).
  31. Penyampai Radio Lelaki Popular (2001 - 2014).
  32. Penyampai Radio Wanita Popular (2001 - 2014).
  33. Artis Baru Lelaki Popular (2002 - kini).
  34. Artis Baru Wanita Popular (2002 - kini).
  35. Artis Berkumpulan/Duo Popular (2003 - 2007).
  36. Pelakon TV/VCD Lelaki Popular (2003 - 2004).
  37. Pelakon TV/VCD Wanita Popular (2003 - 2004).
  38. Penyanyi Berkumpulan/Duo Popular (2008).
  39. Penyanyi Duo/Kumpulan Popular (2009).
  40. Artis Duo/Berkumpulan Popular (2010 - 2016).
  41. Artis Mobile Bintang Popular (2010).
  42. Artis Versatil Popular (2015 - kini).
  43. Pengacara TV Popular (2015 - kini).
  44. Penyampai Radio Popular (2015 - kini).
  45. Artis Komedi Popular (2015 - kini).
  46. Artis Kolaborasi/Duo/Berkumpulan Popular (2017 - kini).

Kategori Dalam Talian

  1. Artis Lelaki Paling Popular Online (2011).
  2. Artis Wanita Paling Popular Online (2012).
  3. Artis Lelaki Anggun Bergaya (2011).
  4. Artis Wanita Anggun Bergaya (2011).
  5. Artis Asia Paling Popular (2011 - 2012).
  6. Watak Jahat dalam Filem atau Drama Popular (2012 - 2013).
  7. Gandingan Serasi di Layar (2012 - 2014).
  8. Watak Animasi Tempatan Paling Popular (2012).
  9. Artis Paling Berpengaruh di Laman Media Sosial (2012 - 2013).
  10. Artis Lelaki Stailo (2012 - 2014).
  11. Artis Wanita Stailo (2012 - 2014).
  12. Chef Selebriti Paling Popular (2013).
  13. Aksi Di YouTube Paling Popular (2013).
  14. Personaliti Popular (2014).
  15. Pasangan Selebriti Romantis (2014).
  16. Artis Paling Kontroversi (2014).
  17. Artis Aksi Selfie Popular (2015).
  18. Personaliti Media Sosial Popular (2015; 2017).
  19. Artis Ikon Respek Popular (2015).
  20. Artis Trending Popular (2015).
  21. Artis YouTube Popular (2015).
  22. Gandingan Serasi Drama (2016).
  23. Gandingan Serasi Filem (2016).
  24. Artis Berpengaruh Di Laman Sosial (2016).
  25. Personaliti Media Sosial (2016).
  26. Artis Sensasi (2016).
  27. Pasangan Serasi Drama (2017).
  28. Pasangan Serasi Filem (2017).
  29. InstaFamous Cilik Popular (2017).
  30. Artis Sensasi Popular (2017).

Anugerah Khas Juri

  1. Anugerah Khas Juri (1996 - 1997/98).
  2. Anugerah Khas Seniman Veteran (1998/99 - 2001; 2003 - 2005).
  3. Anugerah Khas Seniwati Veteran (1998/99 - 2002; 2006).
  4. Anugerah Khas Bintang Popular (2000 - 2006).
  5. Anugerah Khas Biduan Veteran (2002; 2006).
  6. Anugerah Khas Biduanita Veteran (2003 - 2005).
  7. Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat (2007 - kini).
  8. Anugerah Sri Perak (2011).

Live streaming Anugerah Bintang Popular berita harian 2019 Live streaming Anugerah Bintang Popular berita harian 2019 Reviewed by Zikri Husaini on 9/22/2019 08:17:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.