Advertisement

Teong Kim kecewa jadual Piala Belia ‘jahanamkan’ pemain AMD - “Apalah nasib Najmudin, FAM sendiri tak peduli”

lim teong kim, ltk,
Apa sudah jadi??? 


IMPIAN penyerang muda Muhammad Najmudin Akmal Kamal Akmal untuk melebarkan kariernya di peringkat antarabangsa terbantut selepas menjalani pembedahan ACL (Anterior Cruciate Ligament), Khamis lalu.

Pengarah Teknikal Akademi Mokhtar Dahari (AMD) Lim Teong Kim memberitahu, Najmudin yang berusia 16 tahun antara penyerang berpotensi untuk pergi jauh seperti seorang lagi pemain, Luqman Hakim Shamsuddin yang mendapat tawaran bermain di Belgium.

Jelas Teong Kim, kecederaan yang dialami pemain kelahiran Selangor ini adalah berpunca daripada sikap tidak ada perasaan pengurusan Liga Belia sehingga memberi kesan buruk kepada pemain muda ini.



"Sayang sekali dengan usia muda 16 tahun, Najmudin terpaksa berdepan dengan pembedahan ACL. Dia adalah seorang pemain berpotensi tinggi.

"Sangat sukar untuk melahirkan penyerang berwibawa tinggi di negara ini, dan apabila berlakunya situasi seperti ini, siapa yang rugi?.

"Inilah yang berlaku dalam bola sepak Malaysia apabila mereka tidak ada kesabaran dalam proses pembangunan seseorang pemain.



"Pemain-pemain muda ini digunakan dengan cara yang tidak betul ketika beraksi dalam Piala Belia," ujarnya. 

Menurut Teong Kim, Najmudin kini terpaksa berehat dan ibu bapanya juga turut terkesan dengan keadaan pemain itu.

"Saya ada bertemu dengan ibu bapanya dan mereka sangat risau serta sedih dengan masa depan Najmudin.

"Saya sendiri kesal kerana ia berpunca daripada keputusan kurang bijak penyusunan jadual skuad AMD dalam aksi Piala Belia.

"Begitu juga kalau Bawah 17 lawan Bawah 21, memanglah 'lunyai' budak-budak ini.
"Mereka ini budak-budak lagi dan tenaga mereka tidak sama dengan pasukan Bawah 19 Tahun. Kalau Bawah 16 tahun lawan Bawah 17 tahun, memang tidak sama prestasi mereka.

"Saya pernah beritahu perkara ini kepada pengarah teknikal FAM (Persatuan Bola Sepak Malaysia), pada mulanya dia (Peter de Roo) setuju, tetapi malangnya ia tetap berlaku dan kalau seminggu dua tiga kali mereka berlawan, dan nak menang memanglah 'jahanam' pemain-pemain ini," luah bekas pengendali Akademi Remaja Bayern Munich ini.



Dalam pada itu, Teong Kim menjelaskan berikutan keadaan ini, dia sendiri belum pasti masa depan Najmudin.




"Sekurang-kurangnya dia perlukan enam bulan untuk sembuh. Tetapi ia tidak pasti sama ada Najmudin dapat mengembalikan rentaknya atau tidak.




"FAM sendiri seperti tidak peduli keadaan pemain ini atau keseluruhannya tidak peka dengan apa yang dilalui skuad pembangunan ini.



"Jika ini berterusan, saya pasti pemain-pemain dalam skuad AMD ini akan 'rosak' dipertengahan jalan.



"Saya memang kecewa kerana Najmudin merupakan penyerang berbakat besar dan mampu pergi jauh seperti Luqman.



"Cuma nasibnya tidak baik cedera akibat perlawanan 'ghairah' sesetengah pihak," katanya.

Najmudin merupakan pemain skuad Bawah 16 kebangsaan yang turut beraksi dalam Kejuaraan Piala Asia tahun lalu.

Teong Kim kecewa jadual Piala Belia ‘jahanamkan’ pemain AMD - “Apalah nasib Najmudin, FAM sendiri tak peduli” Teong Kim kecewa jadual Piala Belia ‘jahanamkan’ pemain AMD - “Apalah nasib Najmudin, FAM sendiri tak peduli” Reviewed by Zikri Husaini on 10/13/2019 01:32:00 PTG Rating: 5

Tiada ulasan:

Dikuasakan oleh Blogger.