Ekonomi:- Bekalan gula seluruh negara mencukupi | Zikr The Jalanan Sepi Perantau

Jumaat, 7 Ogos 2009

Ekonomi:- Bekalan gula seluruh negara mencukupi


Angkat bang, gula pasir tuh.

Sumber dari:_-

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0807&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_34.htm

Bekalan gula seluruh negara mencukupi

07/08/2009 7:56pm

KUALA LUMPUR 7 Ogos - Bekalan gula di seluruh negara adalah mencukupi tetapi permintaan luar jangkaan di sesetengah tempat menyebabkan ada kawasan tertentu di negara ini menghadapi kekurangan bahan itu, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Selain itu, katanya sikap pengguna yang mengamalkan pembelian serentak dan perbuatan menyeludup gula ke negara jiran oleh pihak tidak bertanggungjawab turut menyumbang kepada masalah itu.

“Kekurangan bekalan gula bukan semuanya berpunca daripada pemborong tetapi pembelian secara serentak sejak akhir-akhir ini sebagai persediaan membuat kuih sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri turut dikenalpasti sebagai punca,” katanya kepada pemberita selepas menutup bengkel mengenai Penambahbaikan Tadbir Urus Korporat dan Etika-Etika Strategi dalam pengukuhan Sistem Integriti Institusi menentang rasuah di sini hari ini. - Bernama


Stok gula, adakah dimanipulasikan oleh pemborong?


Komen Zik:-Apa yang pasti menjelang persiapan bulan ramadhan ini, permintaan untuk menggunakan gula dan menyimpan stok yang banyak dari pengguna begitu banyak dan serentak. Strategi sebagai pengguna memang perlu ada untuk mengelakkan krisis tiada gula melanda di negara kita. Jadinya, zik menyeru kepada pemborng dan peniaga janganlah menipu tiada stok.Kepada pemborong jangan nak memanipulasikan stok, untuk kepentingan anda!. Berdosa besar tau!.

P:s/ pengguna mempunyai kuasa mutlak untuk membeli, tetapi sejauh mana kita dipergunakan? Jadilah pengguna yang bijak.

0 comments: