Berniaga kecil-kecilan?? | Zikr The Jalanan Sepi Perantau

Selasa, 16 Februari 2010

Berniaga kecil-kecilan??

Berniaga kecil-kecilan dulu, kasi mantap dulu, dah ok baru up sikit!
Mak Cik yang menjual sayur dan buah-buahan di Pasar Siti Khadijah (Kagum dengan ketabahan dan kesabaran mencari rezeki)
Berniaga adalah suatu ibadah dan sumber dari rezeki 9/10 adalah berniaga. 

Allah S.W.T berfirman dan bermaksud:- 
Dan Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. (Surah Al-baqarah-ayat 75)
Zik berniaga juga ke? 



Ada juga berniaga, buat masa ini, tapi tak banyak barang la. Berniaga secara kecil-kecilan.  Antaranya ialah jual topup, jual handphone 2nd, printing services, repair computer/laptop dan macam-macam lagi. Bukan untung matlamat utama yang ingin dicapai sebenarnya bagi Zik. Tetapi ialah keredhaan Allah semata-mata, dimana membantu rakan-rakan yang memerlukan khidmat Zik dikala kesusahan, itu sudah memadai. 

Ingin juga mengambil kesempatan mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan zik yang membantu dalam meneruskan perniagaan yang sebenarnya masih dalam 'underground'.  Apa yang paling penting ialah perancangan yang teliti dan teratur.

Tidak semestinya perlu pejabat!

Pada peringkat awal, apa yang penting, bukanlah pejabat, kereta, pekerja dan sebagainya, tetapi, apa yang penting adalah pastikan terdapatnya pelanggan tetap kita! Dan yang paling penting ialah bagaimana kita memberi layanan yang cukup istimewa dalam menjaga hati pelanggan. Tetapi ungkapan "Customer is King" perlu dipertimbangkan kerana  100 pelanggan 100  ragamnya.

Kesabaran. 

Jangan mengharapkan kejayaan datang sekelip mata. Kejayaan tidak akan datang tanpa kerja keras yang tidak pernah kenal erti jemu. Memanglah penat, tetapi fikirkan tentang matlamat kita untuk berjaya dalam bidang ini. Sekiranya kita gagal dalam perniagaan, jangan cepat mudah putus asa. Cuba baiki apa kelemahan /strategi baru yang perlu dibuat untuk terus bersaing dalam industri ini. Fikirkan apa yang kita buat itu adalah semata-mata kerana jihad kita kepada Allah SWT dan mencari rezeki yang halal untuk keluarga. Insyaallah, semangat itu tidak akan pudar.

Mencontohi bangsa-bangsa lain. 

Kalau kita tengok bangsa-bangsa lain seperti Cina Mereka begitu bagus dalam perniagaan. Hampir 90% kaum cina mereka terlibat dalam perniagaan. Kalau kita lihat, banyak industri perniagaan mereka memonopoli contohnya komputer, emas, runcit (pemborong), hanphone,elektronik dan sebagainya. 


Penutup :

Jadi, berhati-hati bila memulakan perniagaan. Jangan terperangkap dengan kitaran ini. Mulakan dengan perniagaan kecil-kecilan. Berkembang sedikit demi sedikit. Tidak salah jika bermula dari kecil. Kita tengok jenis-jenis company yang besar sebenarnya, semuanya bermula dengan hanya tempat kecil sahaja dengan diri sendiri sebagai usahawan, penjual dan melayan pelanggan.

Sedarlah bangsa kita masih lagi bermind set "kerja makan gaji". Insyallah Zik akan berusaha memantapkan business yang sedia ada dan meneruskan perjuangan Zik the Jalanan Sepi. 




0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...