Selamat hari jadi Zik yang ke ?? | Zikr The Jalanan Sepi Perantau

Isnin, 22 Februari 2010

Selamat hari jadi Zik yang ke ??

Eh kucing comel nie nak makan kek zik lak!!
Tanggal 22/02/2010 Bersamaan 08 Rabiatul Awal 1431 Hijriah.

Salam semua, dikesempatan dalam kesibukan menyiapkan kerja-kerja duniawi. Ingin mengucapkan selamat hari lahir kepada diri ini sendiri.

Ramai juga yang sudah wish(ucapan) , selamat hari lahir di facebook terutamanya, (dekat mesej takda sapa pun!).  Ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan.
Tidak lupa juga terima kasih diucapkan kepada teman-teman se-blogger yang membantu meneruskan perjuangan ini. Tanpa anda siapalah Zik ini. 


Peringatan untuk diriku ini. 

Segala puji bagi Allah tuhan sekelian alam yang maha memberikan rahmat dan rezeki kepada hambaNya. Zik bersyukur kepada Allah kerana masih lagi sihat dan masih mampu untuk meneruskan perjuangan yang sebenarnya masih terlalu jauh untuk ditempuhi.  Onak duri dan liku kehidupan semakin mencabar iman didadaku yang semakin tipis hendaknya.

Dewasa ku ini, apabila umur sudah semakin meningkat kita kena ingat hari kematian sebenarya menghampiri diri ini.  Nikmat umur merupakan modal yang penting dalam menambahkan ketaatan kepada Allah,manusia yang rugi ialah mereka yang bertambah umurnya tetapi tiada bertambah pula baktinya pada tuhannya juga agamanya, dan betapa sangat untungnya pada mereka yang memanfaatkan pertambahan umurnya dengan sentiasa mencari peluang untuk mencari keredhaan tuhanya dengan berbakti kepada masyarakat,mengajak manusia ke arah kebaikkan dan mengajak mereka meninggalkan kemaksiatan kepada Allah, serta tak lekang pula bibirnya memberikan nasihat.

Minta dijauhkan dari keadaan yang merasa menyesal tidak sibuk membuat bakti didunia tika mata rapat tertutup menanti sang malaikat meragut nyawa, jauhkan ia seperti DIKAU jauhkan jarak antara timur dan barat. Insyallah dalam karya-karya yang seterusnya menjurus kepada kepentingan bersama.

Doa dan harapan Zik. 

Semoga Allah kurniakan kesedaran kepada diriku supaya berusaha keras ke arah cita-citaku, juga memohon agar diberikan lagi pertambahan umur, dan diberikan sihat tubuh badan ku yang ke sekalian kalinya agar dapat pula daku lihat kebangkitan islam memberikan nur serinya dan menyeringaikan taringnya.
Serta dapat pula ku lihat jatuhnya kezaliman yang selama ini bermaharajalela di tanah tumpah darahku,dan semoga daku dikurniakan bentengan iman yang mendepani nafsuku yang hidup didalam diriku ini. Semoga Allah berikan kemenangan kepada agama suci ini menjulang kembali kegemilanganya dihari ia diinjak oleh si lakhnat itu semuanya,allahumma amin maqbulkanlah permintaanku ini.

Selamat Hari lahir yang ke 25 zik !!!

Terima kasih kepada kakak Aura Danisha yang tolong buatkan kek, (tapi kek tuh hantar dekat kampug muar johor. (bagi mak dan ayah makan kat kampung). Sekiranya nak menempah kek harijadi dan untuk majlis-majlis keramaian boleh menempahnya dari link blognya.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...