Budget 2009- Gula-gula untuk rakyat?? | Zikr The Jalanan Sepi Perantau

Selasa, 2 September 2008

Budget 2009- Gula-gula untuk rakyat??

Untuk information yang lebih tepat mengenai budget 2009, layari link dibawah.

http://web3.bernama.com/budget2009/bm/index.php

1. Agak terlambat juga bagi Zik untuk memberikan buah fikiran bagi budget 2009 ini. Ini kerana sebagai seorang yang baru belajar dalam bidang ini, kita tidak boleh membuat sebarang keputusan terburu-buru, bahkan pemikiran yang opmitis dan kritis diperlukan.

2. Apa yang saya kaji dan fahami mengenai budget 2009 ini, tidak dapat dinafikan secara "on paper" telah dibentangkan dengan jelas dan terang Tetapi apakah ini akan dapat dilaksanakan secara 100%. Itulah menjadi persoalannya, ketirisan, rasuah dan juga ketidak tulusan orang tanggungjawab ini menjalankan tugasnya.

3. Zik akui, sekiranya diberi mandat untuk menerajui barisan kepimpinan terlalu sukar untuk memberikan jawapan yang rasional dan juga bernas untuk menepis segala macam tembakan (suara rakyat) dari rakyat-rakyat jelata yang inginkan hak, kesenangan, keperluan, kemewahan dan juga bantuan.

4. Tetapi perlu kita perlu ingat, bukan semudah yang disangka untuk kita memuaskan hati rakyat(customer need and want's) yang berbeza-beza lapisan masyarakat, dari segi sudut agamanya, pandangan ekonominya, masalah kemiskinan, sosial, keselamatan, pembangunan, dan juga pandangan matlamat masa panjang yang perlu kita fikirkan bersama.

5. Perkara yang paling penting ialah kita harus berani, menyahut seruan, untuk tampil kehadapan sekiranya cabaran, tanggungjawab , dan bebanan itu perlu kita pikul, secara bijaksana, adil dan saksama.

6. Tentunya saya, yang bakal menerajui kepimpinan(insyallah sekiranya diberi peluang) dari orang yang ada sekarang ini, perlu berfikir secara panjang, rasional, matang dan juga tidak terburu-buru. Perlu membuatperhitungan ,mesyuarah bersama-sama bukan ikut kehendak hati sahaja(autokrasi) , dan berdoa kepada ALLAH agar diberi hidayah dan juga nur untuk membuat keputusan yang baik dan saksama untuk rakyat jelata kerana ALLAH semata-mata.

7. Semestinya pemikiran orang ramai (majoriti) pada masa ini, lebih memikirkan kepentingan rakyat jelata semata-mata. Zik akui, kemewahan memberi satu kesenangan kepada kita semua. Tetapi kita perlu fikirkan apa masalah yang berlaku perlu diambil kira dengan cepat dan bernas. Duit bukanlah segala-galanya yang memberi kesenangan, tetapi ianya bersifat keperluan sahaja. ia menjadi asbab (perantaraan). Yakin bahawa duit itu makhluk(bukan tuhan).

8. Keputusan yang dibuat mestilah adil, bukan semata-mata kerana untuk melegakan satu pihak. tetapi lebih kepada menyelamatkan keadaan ekonomi semasa. Namun, disebalik peputusan itu, seharusnya memberi penjelasan yang lebih tulus dan jujur mengapa buat begini secara jujur.

9. Kalau kita lihat dan kaji , dizaman Nabi Muhammad S.A.W dan juga di Zaman khalifah yang hidupnya sederhana, tetapi kaya dalam semua aspek, akidah, budi pekerti , sanggup berkorban demi umatnya yang tercinta. Tetapi pada hari ini, kita melihat pemimpin sekarang lebih hidup suka hidup dalam kemewahan, dan tidak pernah untuk memikirkan hal rakyat jelata,(bukan semua), lebih memikirkan kepentingan politik semata-mata. Gula-gula yang dijanjikan hanya bersifat sementara, dan kadangkala tidak masuk akal. Inikah yang kita mahu???? Fikirkan.

10. Namun, disebalik kepincangan , pergolakan politik pada hari ini, sedikit sebanyak telah menyedarkan pelbagai pihak. Dalam tidak sedar, saya juga mengalami satu perubahan yang lebih matang dalam penulisan kali ini. (bila entah ZIk nie jadi macam ni)

11. Harapan saya pada kali ini, kita semua perlu bekerjasama, dalam menanangi segala bentuk macam masalah yang tidak kita sangka (secara drastik, contohnya isu bekalan beras yang kurang). Maksud saya disini ialah "Master Planning" dari sekarang , short term, long term dan juga plan a, b dan secret plan).

12. Perpecahan yang berlaku pada hari ini, disebabkan oleh "orang kita" (bangsa kita) juga.

13. Janganlah kita semua lupa untuk berdoa kepada ALLAH selalu, tidak mengira waktu kita susah mahupun senang. Bermunajat, momohon keampunan, diberi petunjuk IIlahi, keamanan, kesihatan, mohon kesejahteraan agar Bumi ALLAH yang kita pijak ini, diredhai ALLAH. Itulah suara Zik yang tidak seberapa untuk komen budget 2009 ini.



Regards:


Muhammad Zikri Bin Md husaini.
Semester 5,
Unikl IPROM -Bachelor Engineering (HONS) in Supply Chain Management

http://prepaid4u.net?id=akustatik_22



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...