Duduk di kampung atau dibandar? | Zikr The Jalanan Sepi Perantau

Khamis, 7 Januari 2010

Duduk di kampung atau dibandar?


Mana lagi bagus sebenarnya? Bincangkan!

 

Salam semua.

Mungkin ada diantara kita yang selalu berhijrah dari kampung ke bandar, ataupun dari bandar ke kampung demi mencari sesuap nasi di perantauan. Macam Zik nie , "The Jalanan Sepi", hehe . Jadi, tentunya anda semua ada pengalaman yang boleh kita kongsikan bersama. Sebenarnya kedua-dua tempat ini memainkan peranan yang penting walaupun ada kebaikan dan keburukanya.

Kalau dah semua nak duduk kat kampung, siapa lagi nak duduk dekat bandar? Begitu juga sebaliknya.

Mengikut pemahaman zik sendiri:-

Kampung:
-Susah nak dapat item TAPI banyak sumber asli,
-Tenang dan aman TAPI gangguan binatang tetap ada,
-Nak berborak ngan jiran bila-bila boleh TAPI signal phone lak kurang (nasib baik kampung zik sekarang dah ok).
-Dekat dengan keluarga, inilah masanya untuk kita berbakti kepada mereka.
-Perbelanjaan mungkin kurang.  (parking, toilet, maintenance, saman itu ini.)
- Udara yang bersih.

Bandar >
-Senang nak pergi mana-mana, TAPI jalan jammed tetap tak boleh ubah. (LRT pun sama).
-Budget yang perlu kita berhati-hati. 
-Kepadatan tinggi TAPI kadar jenayah pun ikut tinggi.
-Buat apa-apa orang tak ngata atau mengumpat, TAPI kalau betul-betul nak pertolongan jiran memang silap. 
-Mungkin senang untuk dapat cari kerja, dan gaji lebih tinggi dari di kampung.


Duduk di kampung baru Kuala Lumpur, dalam kampung dekat dengan bandar.

Penutup:

Apa yang penting ialah bagaimana kita bijak menanangi masalah-masalah dan konflik itu. Apakata bila dah rasa tension sangat, balik kampung la sekali sekala jenguk ummi dan abi, dan yang duduk di kampung tuh, sekali-sekala datang bandar nak tengok pembangunan , apa salahnya. Ikut keselesaan masing-masing.

P/s: Kalau ada apa-apa yang perlu ditambah, marilah sama-sama kita bincangkan.



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...